Kacak dan bujang... Tengku Hassanal Shah, pewaris kerajaan Pahang. - Kredit foto: IG Tengku Hassanal Shah 


SESUDAH Putera William dan Putera Harry dari United Kingdom menemui puteri masing-masing,  kini perhatian nampaknya sedang beralih ke negara di Asia Tenggara apabila putera raja dari Malaysia dan Brunei yang mirip dengan sikap mereka, terlatih dalam bidang ketenteraan dan aktivis alam sekitar menjadi impian gadis jelita seluruh dunia dan bakal mentua bertuah. 

Perkenalkan putera raja dari Malaysia, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah, 25, anakanda sulung Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan 


Kredit foto: IG Pengiran Mateen


Manakala seorang lagi putera kacak dan menjadi pujaan anak-anak dara nan jelita adalah dari Kerajaan Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, salah seorang anakanda Sultan Hassanal Bolkiah. 

Pernah kehadirannya pernah menggemparkan masyarakat negara ini terutama anak-anak gadis yang yang meluahkan perasaan `mabuk asmara` apabila melihat baginda menyertai satu kejohanan di Malaysia.



Mereka dikatakan `menewaskan` senarai artis pujaan dari Korea (K-Kpop) kerana bukan setakat kacak dan kaya tetapi berasal dari keluarga billioner beragama Islam dan berpendidikan tinggi. 

Lebih mengkagumkan sikap mereka yang ramah tamah, `pemalu` dan membuatkan ramai anak-anak dara menggantungkan poster gambar mereka di dinding atau di kulit buku.

Akhbar South China Morning Post (SCMP) dalam laporannya meminta William dan Harry, `duduk di tepi` dan tempat mereka kini diambil alih oleh putera raja dari dua negara itu. 

Mereka kini ikon (bintang) pujaan gadis dan semua berdebar menunggu siapakah calon yang bakal menawan hati pewaris takhta itu.

Tidak kurang ramai yang mahu menjadi `cinderella` menyimpan harapan `pilihlah aku` menjadi teman hidupmu.


Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bersama ibundanya, Tunku Azizah


Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dilahirkan pada 17 September 1995 yang kini mewakili ayahandanya menguruskan kerajaan negeri Pahang, negeri terbesar di Pantai Timur Malaysia. 

Masih muda tetapi tegas dan selalu mengingatkan kerajaan negeri terus menjaga alam sekitar, sosial dan pentadbiran secara lestari dalam melaksanakan agenda pembangunan dan kemajuan.  

Tengku Hassanal turut menjalani latihan ketenteraan di akademi yang sama, dihadiri oleh kerabat raja Britain itu, William dan Harry, di Royal Military Academy Sandhurst atau Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom selama 44 minggu pada 2019. Dia menyertai 242 kadet dari seluruh dunia mahu dikenali sebagai `Shah` saja untuk mengurangkan jurang darjat diraja. 

Baginda berpeluang mengadakan perarakan tabik kehormat di depan Countes of Wessex,  Sophie Helen Rhys-Jones yang mewakili Ratu Elizabeth II. 

Baginda adalah lepasan ijazah dari School of Diplomacy and International di Geneva, Switzerland.

Walaupun sebahagian besar pengajiannya dihabiskan di Eropah, sekolah rendahnya di Pahang dan kerap mengiringi ayahanda menghadiri majlis rasmi diraja ke pelosok daerah bertemu rakyat jelata.

Didikan itu kini menjadikan putera itu "sangat gembira dapat bertemu mata dengan rakyat," sambil menambah tempoh pengajiannya dihabiskan di Eropah bersama-sama adik beradik `bukan sesuatu yang harus dibanggakan` kerana ayahanda dan bonda mahu mereka berdikari.

Baginda mendapat gelaran putera raja dermawan dan seringkali dalam ucapan rasmi, baginda mahu alam sekitar dikawal selia dengan baik. 

Sekiranya tiada tugasan, baginda seperti mana ayahanda masa muda, sukakan bola sepak, berjogging, sepak takraw dan seringkali dilihat mengambil bahagian dalam sukan polo.



Wikipedia pula menyebut Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, juga dikenali sebagai Putera Mateen turut menjadi `buah mulut` anak dara serata dunia.

Anakanda kesepuluh Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan bekas Pengiran Isteri Kedua, Puan Hajah Maryam Haji Abdul Aziz.

Pendidikannya bermula Sekolah St. Andrews  sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan Sekolah Antarabangsa Jerudong , sekolah cemerlang di Brunei.

Pada Mei 2010, baginda melanjutakan pelajaran di Commissioning Course for Regular Army Officers bersama-sama dengan 200 rekrut di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdon ditauliah sebagai pegawai kadet. Setahun kemudian, dinaikkan pangkat  Leftenan Muda.

Pada  Julai 2014, baginda lulus sebagai Sarjana Muda Sastera dalam Politik Antarabangsa dari King's College London di Pusat Barbican, London.

Dan  Julai 2016, Pengiran Muda 'Abdul Mateen telah dianugerahkan Sarjana Sastera dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomasi dari School of Oriental and African Studies, Universiti London.



Pada bulan April 2017, Pengiran Muda 'Abdul Mateen dianugerahkan Sijil Tamat Latihan dalam satu Majlis Penganugerahan yang telah diadakan Daedalus Officers’ Mess, Royal Air Force (RAF) Cranwell setelah berjaya menjalani Kursus Pelatih Juruterbang Asas – Elementary Flying Training (EFT) Course No. 200. Pada 20 Mei 2021 lalu,  putera kacak impian gadis remaja itu kemudian dijadikan Mejar.

Pengiran Muda 'Abdul Mateen bersama dengan kakandanya, Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah dan sepupu, Pengiran Muda Bahar dan Pengiran Muda Abdul Qawi pernah mewakili negara Brunei Darussalam dalam sukan permainan polo dan telah dikurniakan pingat gangsa di Sukan Asia Tenggara ke-29 di Kuala Lumpur, Malaysia pada 2017.  - KitaReporters


12
14
0
10
0

Copy Link: