Kasihan sungguh melihat anak-anak khususnya murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Setelah siap berbelanja pakaian seragam dan beg sekolah baharu, tetapi belum lagi diizinkan untuk menapak pintu pagar dan masuk ke kawasan sekolah berjumpa guru dan rakan apabila sesi persekolahan ditangguhkan pula. : KitaReporters


Mohd Farid Mohd Nor (belakang, empat dari kiri) bersama sebahagian pelajar dan penjaga selepas berbelanja pakaian seragam dan beg sekolah di Pasar Raya Ten Ten, Kuala Lipis. - Kredit foto: FB Farid Nor 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan sekolah:

https://kitareporters.com/search?search=sekolah


Kementerian Pendidikan menangguhkan lagi sesi persekolahan tahun 2021 ini kecuali pelajar-pelajar SPM 2020 yang sepatutnya bermula pada hari ini, Rabu 20 Januari 2020.

Apapun mereka wajar bersabar dan istiqamah. Kementerian Pendidikan akan mengumumkan sekolah dibuka semula apabila fenomena ancaman wabak tersebut kembali pulih.

Rasionalnya, bagi pelajar seluruh negara usaha memutuskan rantaian wabak 'halimunan' itu merupakan tanggugjawab bersama dengan mematuhi setiap amalan prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu. 


Kerja pembersihan Taman Fah Choon, Kuala Lipis yang ditenggelami banjir air Sungai Lipis dilakukan oleh petugas Majlis Daerah Lipis dan sukarelawan pada 14 Januari 2021. - Kredit foto: Majlis Daerah Lipis 


Walau bagaimanapun, seramai 48 orang pelajar sekolah rendah dan menengah yang menetap di Taman Fah Choon dan Taman Dal Singh, bandar Kuala Lipis menzahirkan semangat untuk belajar dan tetap merindui suasana sekolah, kesungguhan dan kasih sayang guru dan kemesraan rakan-rakan masing-masing.

Mereka berkenaan telah menerima bantuan pakaian seragam dan beg sekolah sumbangan daripada Pemuda UMNO Lipis dan Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) di Kuala Lipis pada Isnin, 18 Januari 2021.


MOHD FARID MOHD NOR


Menurut Ketua Pemuda UMNO Lipis yang juga Naib Pengerusi Satu MTSP, Mohd Farid Mohd Nor, pelajar berkenaan telahpun 'dijanjikan' untuk berbelanja pakaian seragam ketika beliau mengetuai sukarelawan UMNO Lipis melaksanakan gotong-royong  membersihkan kedua-dua taman itu selepas banjir surut pada minggu lalu.

"Saya amat bersimpati apabila diberitahu oleh pelajar kediaman mereka yang terletak di pesisir Sungai Lipis ditenggelami air sehingga kesemua pakaian dan harta benda milik keluarga tidak dapat diselamatkan.

"Pemuda UMNO dan MTSP mengotakan janji untuk menunaikan hasrat mereka itu walaupun pihak Kementerian Pendidikan menangguhkan sesi persekolahan awal tahun ini, kecuali kelas peperiksaan," katanya di Kuala Lipis pada Isnin, 18 Januari 2021.


Mohd Farid Mohd Nor (depan, kanan) bersama sukarelawan Pemuda UMNO Lipis dan MTSP  memunggah pelajar dari kedua taman tersebut ke Pasar Raya Ten Ten, Kuala Lipis untuk berbelanja pakaian seragam sekolah. - Kredit foto: FB Farid Nor 


Mohd Farid yang juga Ketua Pemuda UMNO Pahang berkata, sukarelawan Pemuda membawa pelajar-pelajar itu  ke Pasar Raya Ten Ten, bandar Kuala Lipis untuk keselesaan mereka bersama penjaga masing-masing memilih pakaian seragam dan beg sekolah melibatkan perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM5,100 hasil sumbangan para dermawan. 

"Bantuan ini antara keprihatinan Pemuda UMNO Lipis, MTSP dan Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad memandangkan ibu bapa dan penjaga pelajar ini berdepan tekanan kewangan akibat musibah ini termasuk pandemik COVID-19 yang masih belum berpenghujung.

"Kita berharap dalam tempoh ini, mereka (pelajar) ini dapat belajar sendiri di rumah serta pembelajaran berasaskan kaedah maya (online) yang diselenggarakan oleh guru masing-masing," katanya. 


HAFIZUL RAHMAN MUHAMAD - Kredit foto: FB Hafizul Rahman


Sementara itu, wakil Pejabat Pendidikan Lipis, Hafizul Rahman Muhamad menambah, amalan membantu pelajar yang terbabit dengan musibah tersebut antara amal jariah dan usaha murni Mohd Farid bersama sukarelawan Pemuda UMNO dan MTSP sekali gus dapat meringankan keluarga berkenaan.

"Saya yakin bantuan ini dapat menitipkan semangat mereka untuk belajar bersungguh di rumah menerusi pembelajaran secara online (maya) dengan bantuan guru serta galakan ibu bapa masing-masing.     

"Mereka (pelajar) wajar menjadikan penularan wabak COVID-19 sebagai istiqamah bagi motivasi serta kemampuan mencanaikan ilmu dan kemenjadian insan yang lebih cemerlang dalam tempoh kesukaran belajar ini," katanya. 


Pelajar bersama ibu bapa dan penjaga masing-masing sedang berbelanja pakaian seragam bantuan Pemuda UMNO Lipis di Pasar Raya Ten Ten, Kuala Lipis pada 18 Januari 2021. - Video: Ahmad Nazree Shahbudin


Dalam pada itu, mangsa banjir Taman Dal Singh, Kuala Lipis, Khairuddin Omar berkata, bantuan itu meringankan beban perbelanjaan keluarga lebih lagi menceriakan anaknya, Aryani Najihah yang bakal melangkah ke Tahun Lima pada 20 Januari ini.

"Anak saya sangat gembira walaupun pengumuman saat akhir sesi persekolahan ditangguhkan. Terima kasih Ketua Pemuda (Mohd Farid) dan para dermawan yang beramal jariah membantu mangsa banjir di Lipis," katanya. 


  

Sebahagian murid sekolah rendah yang merupakan anak keluarga mangsa banjir Taman Fah Choon dan Taman Dal Singh ceria dan menunjukkan isyarat 'bagus' selepas berbelanja pakaian di Pasar Raya Ten Ten, Kuala Lipis pada 18 Januari 2021. - Kredit foto: FB Farid Nor   


Bagi suri rumah tangga yang juga mangsa banjir di Taman Fah Choon, Siti Nor Emylia Safie mengakui musibah tersebut menyebabkan pakaian seragam sekolah anaknya, Nureleesya Maisara, murid tahun Empat tahun lalu (2020) masih elok, tetapi telah lenyap ditelan banjir.

"Saya reda dengan ujian Allah. Apapun kehidupan tetap diteruskan. Saya harap pandemik COVID-19 pulih dengan cepat supaya anak saya kembali ke sekolah semula menuntut ilmu," ujarnya. - KitaReporters



Seorang penjaga pelajar Taman Fah Choon, Kuala Lipis bersama anaknya memilih pakaian seragam sekolah di Pasar Raya Ten Ten, Kuala Lipis. - Kredit foto: FB Farid Nor


0
0
1
1
0

Copy Link: