Video| Ustaz Ebit Lew di Sabah! Mula misi kemanusiaan ke Tawau, Lahad Datu, Kunak, Semporna
Published by
KitaReporters
--title--
Pengangkutan udara ke Sabah dilaku lebih awal
TOKOH amal Ebit Lew kini melakukan misi kemanusiaan ke Sabah iaitu ke Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna bagi memberi sejumlah bantuan kepada masyarakat di Negeri Di Bawah Bayu itu akibat pandemik Covic-19.
Misi itu bertolak pada Rabu, 27 Januari 2021 di mana misi yang mengandungi 18 angggota yang diketuai Ebit selepas mendapat kadar tambang istimewa daripada Malaysia Airlines.
Lagi kisah-kisah berkaitan Ustaz Ebit Lew:
https://kitareporters.com/search?search=ebit+lew
Sehubungan itu, Ebit mengucap terima kasih kepada MAS kerana rombongannya telah diberi harga tiket penerbangan pada kadar istimewa.
Bagi Ebit, ia merupakan salah satu sumbangan MAS kepada rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
CEO MAS, Kapten Izham Ismail memberi layanan baik kepada Ebit dalam pesawat.
“Lagi terharu CEO MAS Airlines Kapten Izham Ismail dan Management Team tunggu dari subuh lagi. Siap layan saya dan hantar sampai kerusi. Malu rasa. Terima kasih MAS Airlines.
Salah seorang pasukan pengurusan MAS turut memberi layanan baik kepada anggota misi kemanusiaan Ebit Lew.
“Kami ada berbincang untuk misi lain-lain. MAS Airlines akan bersama dalam misi bantuan lain-lain. Mereka benar-benar terkesan covid 19. Tapi syukur sehingga kini mereka kekalkan semua kru.
"Bergenang air mata CEO berbual tadi. Katanya @malaysiaairlines semua ini ujian Allah. Kasih sayang Allah,” kata Ebit dalam laman sosialnya.
Ebit bersama sebahagian barangan yang dihantar ke Sabah.
Sementara itu dua hari sebelumnya, Ebit menghantar hantaran dalam laman sosialnya mengenai penghantaran barang-barang untuk misi kemanusiaan.
Ebit menghantar lebih awal 1,000 set makanan, 100 kerusi roda, 75 ribu topek muka dan 200 tablet jenama Samsung bagi kegunaan pelajar di daerah-daerah terbabit yang benar-benar memerlukan.
“Terima kasih terharu sangat dengan My Jet Xpress dan Zen Aviation sponsor kapal untuk kami. Semoga Allah tambah rezeki buat MyJet. Terima kasih Klia Kargo Airport yang beri free caj. Baik sangat semua,” kata Ebit Lew. - KitaReporters
1
0
0
1
0