Terima kasih keluarga! Barisan hadapan berdedikasi, terbaik!
Published byKEMPEN ‘A Hundred Unsung Heroes’ ialah mengenai wira-wira tak didendang yang merupakan petugas barisan hadapan (frontliners) dalam peperangan kesihatan melawan pandemik COVID-19. Ikuti kisah Ravidas Supramaniam dan Tan Sock Ling, antara ribuan yang bertugas berdepan dengan virus membunuh ini. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan COVID-19:
https://kitareporters.com/coronavirus
Ravidas Supramaniam, Pengurus Perkemasan, Sunway Medical Centre mencerita: "Saya telah bekerja dalam industri kesihatan sejak hampir sedekad yang lalu, dengan fokus dalam bidang perkemasan (housekeeping). Sebagai pengurus perkemasan, tugas utama saya adalah untuk menyelia seluruh servis perkemasan bagi hospital tersebut.
"Setelah kami mendengar tentang penularan wabak COVID-19 buat pertama kali, tanggungjawab untuk memastikan hospital kami bersih dan selamat untuk didiami para pesakit dan pelawat menjadi keutamaan pasukan kerja kami.
"Sehubungan itu, kami telah membuat beberapa perubahan kepada sistem pembersihan sedia ada untuk mematuhi SOP yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan.
Ravidas Supramaniam... Saya bersyukur kerana mempunyai keluarga yang memahami. Walaupun mereka bimbang tentang keselamatan saya, namun mereka memberi sokongan dan menghargai peranan saya sebagai petugas barisan hadapan.
"Penularan wabak ini juga menyaksikan seluruh pasukan kerja saya menggandakan usaha dari segi pensanitasian – ini melibatkan permukaan yang kerap disentuh, termasuklah kawasan tumpuan seperti ruang masuk, tempat duduk dan lain-lain.
"Kami bekerja tanpa henti dan juga menubuhkan pasukan tindakan segera untuk menjamin keselamatan hospital ini. Kami juga telah memastikan pakaian seragam kami ditukar dua kali sehari dan setiap kakitangan dilengkapi dengan PPE yang betul.
"Detik yang diharungi amat sukar, namun saya bersyukur kerana dibelakangi oleh keluarga yang memahami. Walaupun mereka bimbang tentang keselamatan saya, mereka masih memberi sokongan dan menghargai peranan saya sebagai petugas barisan hadapan. Isteri dan anak-anak saya tidak lekang memberi galakan kepada saya untuk menggalas tugas dengan sebaiknya demi negara.
"Saya ingin menzahirkan penghargaan kepada rakan-rakan petugas barisan hadapan di seluruh negara. Tugas ini bukan mudah dan ia menagih kerja keras, jadi kita semua perlu menghargai usaha yang diberikan oleh mereka."
Bagi Sister Tan Sock Ling, Pengurus Jururawat, Sunway Medical Centre: “Wabak COVID-19 telah menjadi cabaran yang besar bagi kami. Situasi yang terbentang di hadapan kami masih bukan mudah untuk ditempuhi di hospital ini, namun kami sentiasa memberi penekanan untuk meyakinkan para pesakit bahawa mereka akan dijaga dan dilindungi.
"Dari segi kerja, tentunya ia lebih berbeza sekarang berbanding sebelum kewujudan wabak ini. Memandangkan kini tumpuan lebih diberikan ke atas kawalan jangkitan, maka aspek kebersihan menjadi keutamaan tertinggi pada waktu ini.
"Saya pernah menemui beberapa pesakit yang teragak-agak untuk mengambil ujian saringan kerana mereka kurang termaklum mengenai proses tersebut. Dalam situasi seperti ini, kami perlu berkomunikasi bahawa kesihatan mereka ialah keutamaan kami agar mereka boleh berlapang dada.
Tan Sock Ling... Wabak COVID-19 telah menyaksikan dedikasi dan kebingkasan para petugas barisan hadapan dan saya tersentuh melihat usaha tidak berbelah bahagi yang dicurahkan demi negara kita.
"Menyentuh tentang kesihatan, keluarga saya selalu risau mengenai risiko yang saya hadapi untuk dijangkiti virus ini. Saya berkomunikasi dengan mereka seperti seorang jururawat, dan meyakinkan mereka bahawa saya sentiasa mematuhi SOP untuk memastikan diri saya dilindungi.
"Wabak COVID-19 telah menyaksikan dedikasi dan kebingkasan para petugas barisan hadapan dan saya tersentuh melihat usaha tidak berbelah bahagi yang dicurahkan demi negara kita.
"Kerajaan telah melakukan tugas yang baik setakat ini, dan usaha ini juga memerlukan kerjasama daripada badan-badan yang berkenaan untuk membolehkan kita mencapai kes sifar." - KitaReporters