Covid-19: Nak ikuti ceramah Ustaz Kazim? Kena tonton online!
Published byOleh itu, bagi meneruskan kegiatan dakwahnya, ia perlu dilaku secara dalam talian atau dakwah online.
Ustaz Kazim berkata demikian dalam temu ramah dalam program Ziarah Ustaz Kazim di Pusat Pendidikan Al-Barakah, Kampung Manjoi, Ipoh, Perak pada Sabtu, 16 Mei 2020.
Beliau menyatakan kesihatannya semakin pulih dan pulang ke rumah Khamis, 14 Mei 2020 setelah dirawat di hospital selama dua hari.
Dia berkata, dia kini perlu banyak mengambil ubat bagi kembali kuat dan sihat.
Sepanjang wawancara itu, Ustaz Kazim sentiasa memegang tongkat yang kini membantu dia untuk bergerak.
Dalam wawancara itu, Ustaz Kazim meminta orang ramai membantu memastikan perjalanan pentadbiran dan kebajikan para pelajarnya tetap lancar.
Katanya, jika tidak dapat beri sumbangan kewangan, bolehlah beli produk-produk keluaran Pusat Pendidikan Al-Barakah.
Ustaz Kazim bergambar dengan sejumlah kakitangan Kementerian Kesihatan yang melakukan saringan perubatan di pusat pendidikannya.
Sementara pada pagi Ahad, 17 Mei 2020, kesemua kakitangan dan pelajar Pusat Pendidikan Al-Barakah menjalani ujian kesihatan kali kedua oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sejak wujudnya 'kluster tahfiz', sejumlah pusat dan sekolah tahfiz di seluruh negara diminta menjalani saringan Covid-19 terhadap tenaga pengajar serta anak-anak muridnya bagi memastikan wabak berkenaan tidak menular di tempat-tempat tersebut.
Pandemik Covid-19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sudah memasuki peringkat PKP Bersyarat (PKPB) dilihat boleh menjejaskan peruntukan untuk menjalankan pentadbiran dan pembelajaran di Pusat Pendidikan Al-Barakah terutama untuk kumpulan warga emas.
Sebahagian lagi datang daripada hasil jualan buku-buku yang dihasilkan oleh Ustaz Kazim dan penjualan sejumlah produk perubatan alternatif. - KitaReporters