Richard Ng Man Tat dengan keluarga Malaysianya.


SELEPAS  selesai memikul `tugasan` beraksi dalam  filem kutipan pecah panggung di Hong Kong dan seluruh dunia, bintang filem Fight Back to School dan Shaolin Soccer,  Richard Ng Man Tat, akhirnya`pulang` ke Segamat, Johor untuk menetapkan selama-lamanya, apabila abu mayatnya dibawa balik ke negara ini pada Rabu, 10 Mac 2021.

Ng yang dilaporkan meninggal dunia akibat barah hati dalam usia 70 tahun, sebenarnya sudah 25 tahun, menetap di negara ini dan berulang alik ke Hong Kong untuk menjalani penggambaran

Dia dikatakan baru sebulan ke sana untuk mendapatkan rawatan perubatan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Hong Kong:

https://kitareporters.com/search?search=hong+kong


Sebagai jurulatih dalam filem Sholin Soccer


Dia disahkan meninggal dunia pada 27 Februari 2021 lalu selepas dilaporkan menjadi kritikal dan koma sebelum dipindahkan ke unit rawatan rapi.  

`Kepulangan` abu mayatnya ke negara ini yang dianggapnya sebagai rumah keduanya selepas dia mewasiatkan untuk sentiasa berada dekat dengan dua anaknya. 

Global China Times memetik adik Ng, Li Da melaporkan bahawa abangnya mahu dikebumikan di tanah air isterinya, bekas ratu cantik pada 1996 dan kelahiran Segamat, Hou Shan Yan. Difahamkan abu itu ditanam di Johor.

Pada 10 Mac 2021 juga peminatnya memenuhi laman web Sina Weibo dengan ucapan selamat tinggal dengan kata-kata seperti:, "Uncle Richard, awak telah meninggalkan kami dengan memori lucu dan kegembiraan yang tak akan kami lupakan."

"Berehatlah dengan tenang," demikian puluhan luahan rasa mereka terhadap pasangan kepada aktor komedi yang juga pengarah terkenal, Stephen Chow, menggamatkan dunia hiburan dengan aksi lucu spontan mereka.


Bersama tiga isterinya.


Dilaporkan ramai bintang Hong Kong yang berkahwin dengan orang Malaysia termasuk Andy Lau dan pelakon God of Gambler dan Pirate of Carribean, Chow Yung Fatt pula berkahwin dengan wanita dari Singapura. 

Pelakon dari Malaysia yang paling berjaya menempa nama di Hong Kong ialah Tan Sri Michelle Yeoh Choo Kheng

Andy Lau dan Stephen Chow adalah antara yang pertama melawati upacara pembakaran mayat Ng dan menzahirkan kesedihan.

Merangkul gelaran pelakon pembantu warga emas, Ng menarih perhatian penonton dengan karakter `selamba` dan menjadi pelakon `rakan subahat paling sempurna` jika di dalam filem. 


Peminat-peminatnya memanggil Ng Uncle Richard. - Kredit gambar: Weibo.


Dilahirkan di Fujian, China pada 1951 dia berhijrah ke Hong Kong bersama keluarga ketika berusia tujuh tahun.

Dia mula mencipta nama apabila berlakon bersama Stephen Chow dalam filem komedi slapstik - filem Mo Lei Tau (filem lawak bodoh). Ketika bersama berlakon siri TVB Hong Kong Final Combat 1989 dan filem All for One dengan menjadi pak cik pada Chow. Dari situ mereka menggamatkan dunia hiburan Hong Kong dan tanah besar China dan berjaya membuatkan warga yang dilahirkan pada 1960 hingga 1990-an `jatuh cinta` pada aksi lakonannya.

Kemudian dia meneruskan kejayaan menerusi filem ‘The Justice of Life’, ‘Shaolin Soccer’ dan yang terbaru ‘The Legend of Shaolin Temple’, yang dijadulkan diedarkan tahun 2021 ini.


Ng bertemu semula dengan pelakon itu kecil yang kini dah dewasa (kiri)


"Dunia ini penuh dengan ucapan selamat tinggal dan kami belum bijak mengucapnya kerana Uncle Richard menggembalikan memori masa kecil kami, menangis, ketawa bersama, sepanjang meningkat usia dewasa," kata peminatnya.

Li Da mengesahkan ibu dan keluarga abangnya ada di sisi aktor itu semasa meninggal dunia. Ini selepas doktor memberitahu dia tidak punya banyak masa untuk hidup. 

Ng berkahwin tiga kali, kali pertama dengan Mak Lei Lei ketika usia 25 tahun dan mendapat dua anak perempuan sebelum menjalin hubungan dengan aktres Lo Siu Chi pada 1989. Dengan pelakon itu juga dapat lagi seorang anak perempuan. 

Dia kemudian bertemu dengan ratu cantik dari Malaysia, Hou pada 1993

Jatuh bangunnya dalam dunia filem termasuk ketagihan dadah, arah dan wanita membuatkan pelakon ini sering kehabisan wang.  

Dia dilaporkan perlu menyediakan sekurang-kurangnya HK$300,000 untuk menyara lima anak dan tiga isteri.


Ng Man Tat dengan isteri pertama, Mak Lei Lei, isteri kedua, Lo Shiu Tsi 


Sebelum terjun dalam dunia perfileman, Ng masuk kelas seni lakon di stesen penyiaran televisyen Hong Kong  dan antara filem yang membuatkanya terkenal ialah sebagai Inspektor Yip dalam diri Police Cadet 1984 bersama Tony Leung dan Sean Lau. Hanya pada 1988 dia benar-benar `meletup`apabila beraksi dengan Stephen Chow.

Dan pada 2013, turut berlakon dalam filem komedi Kara King dengan Namewee, Epy Kodiang dan Zalif Sidek. - KitaReporters


Isteri sekarang Hou San Yin 

0
4
1
0
0

Copy Link: