APLI Yusoff (tengah) mengangkat atap di rumah Siti Hajar Md Ariffin di Kampung Petai Bubus, Kuala Nerus, Terengganu pada 8 Mac 2021. - Kredit Foto UMNO Bahagian Kuala Nerus.


KEROSAKAN bumbung serta atap rumah yang didiami tiga beradik anak yatim piatu di Kampung Petai Bubus, Kuala Nerus akibat sebatang pokok tumbang sejak lebih tiga bulan lalu akhirnya masalah itu diatasi UMNO Bahagian Kuala Nerus pada 8 Mac 2021 lalu. 

UMNO bahagian berkenaan bermuafakat dengan kira-kira 30 penduduk kampung terbabit mengadakan gotong royong memasang atap baharu di rumah Siti Hajar Md Ariffin, 30-an, yang tinggal bersama dua adiknya selepas kematian kedua-dua ibu bapa mereka. 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan anak yatim:

https://kitareporters.com/search?search=anak+yatim


SEBAHAGIAN penduduk kampung menyertai gotong royong memasang atap rumah Siti Hajar Md Ariffin yang ditimpa sebatang pokok dalam kejadian ribut pada 24 November 2020. - Kredit foto: UMNO Bahagian Kuala Nerus


Sebelum itu, dalam kejadian ribut serta angin kencang pada 24 November 2020 mengakibatkan sebatang pokok besar tumbang di bahagian dapur rumah yang didiami tiga beradik itu.

Akibat pokok besar tumbang menyebabkan lebih 20 keping atap serta beberapa batang kayu bumbung rosak dan mereka tidak dapat mengantikan peralatan rumah yang rosak itu akibat kemiskinan hidup

Susulan rumah mereka ditimpa ribut, ruang dapur yang terbabit dengan atap pecah itu diibaratkan siang berpanas matahari malam pula bermandikan embun dalam masa tersebut sebelum UMNO bahagian itu mengantikan atap baharu.


APLI Yusoff (kanan) sedang memegang atap.


Melalui perkongsian laman Facebook UMNO Bahagian Kuala Nerus pada 8 Mac 2021, program gotong royong itu diadakan dengan kerjasama UMNO cawangan Petai Bubus diketuai Mohd Hisham Ghazali yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagiannya, Apli Yusoff

Apli berkata konsep gotong royong membaik pulih atap yang rosak di rumah Siti Hajar dapat menjimatkan masa selain dapat mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan penduduk kampung terbabit.


Kredit foto: UMNO Bahagian Kuala Nerus


``Menerusi program seperti itu, golongan yang kurang berkemampuan kita akan membantu dengan menyediakan peralatan yang rosak seperti atap. 

``Kalaulah kita memberi atap serta kayu bumbung sahaja kemungkinan Siti Hajar tidak dapat memasang atap di rumah mereka kerana dia terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk mengupah tukang memasang perkakas rumah itu,’’ katanya. - KitaReporters

6
1
0
0
0

Copy Link: