PENGACARA dan penulis lirik terkenal Ahmad Fedtri Yahya, 39, telah disahkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya malam tadi, 16 September 2020. Dia telah selesai menjalani pembedahan di Pusat Perubatan KPJ, Damansara, Kuala Lumpur dan kini dalam keadaan baik. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan basikal:

https://kitareporters.com/search?search=basikal


Menerusi instagram dan laman Twitter miliknya, isteri Fedtri, Nurul Anati Ismail, 35, memohon orang ramai agar dapat mendoakan keadaan suaminya.

“Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi. “Banyak kecederaan di muka. Semuanya sudah dijahit sempurna. Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya,” ujarnya yang menggunakan laman media sosial milik Fedtri.

Fedtri menjalani pembedahan dan rawatan dari Pusat Perubatan KPJ di Damansara, Kuala Lumpur.


Sebelum ini artis tersebut mencetuskan sedikit kontroversi apabila memuat naik video dalam laman media sosialnya yang menyaksikan sekumpulan pengayuh basikal sedang berbasikal di lebuh raya persekutuan. 

Ini bertentangan dengan arahan kerajaan yang tidak membenarkan sebarang aktiviti berbasikal di jalan raya utama, termasuklah lebuh raya.


Bagaimanapun, Fedtri telah bertindak memadamkan video berkenaan dalam laman media sosialnya.

Semoga Fedtri akan kembali sembuh seperti sedia kala. Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan buat beliau. - KitaReporters

5
4
13
0
0

Copy Link: