Video| Meninggal sebaik pertanyaannya dijawab! Bolehkah berjumpa Rasulullah SAW setelah mati?
Published bySEORANG jemaah masjid bernama Hamdan Abdat meninggal dunia di Masjid Annur Cilendek, Bogor, Jawa Barat, Indonesia pada Sabtu, 30 Oktober 2021.
Lagi cerita-cerita hebat berkaitan kematian husnul khatimah
Kredit foto: Video SerambiOnTV
Peristiwa ini terjadi ketika Hamdan melakukan pengajian rutin dan ketika itu, Timbalan Ketua Dewan Pertimbangan Majlis Ulama Islam (MUI) Pusat, KH (Kiyai Haji) Muhyiddin Junaidi menjadi penceramah.
Hamdan sempat bertanya soalan kepada si penceramah, apakah orang Islam yang meninggal boleh berjumpa Rasulullah SAW. Si penceramah terus menjawab pertanyaannya.
Tidak lama selepas itu, Hamdan tiba-tiba lemah dan duduk bersandar pada dinding masjid lalu tidak sedarkan diri dan disahkan telah meninggal dunia.
Detik-detik Hamdan meninggal itu dirakam dalam akaun FaceBook Robby Darwis.
"Allahyarham meninggal di Masjid Annur Cilendek setelah selesai pengajian rutin Sabtu pagi oleh Ustaz Muhyiddin Junaidi (MUI pusat)," tulis akaun Robby Darwis kepada terkini.id pada Ahad, 31 Oktober 2021.
Jenazah Hamdan dikebumikan pada sebelah petangnya dan diiringi ramai jemaah masjid dan berharap lelaki ini akan mendapat husnul khatimah. - KitaReporters