Video| Ini baru golongan kayangan! Pengantin diangkut guna kren! Momen indah tapi membahayakan!
Published byMERAIKAN hari perkahwinan pasti jadi momen indah, dihadiri sanak saudara serta kawan-kawan pasti akan dikenang.
Namun kini hari bersanding bukan lagi sekadar bergambar di pelamin di dalam rumah atau di khemah seperti dulu.
Kini pelbagai program diatur sempena hari istimewa berkenaan.
Terbaharu, tular pasangan pengantin baharu dari Perak menggunakan alat angkut yang diangkat oleh sebuah kren untuk ke meja beradab menggunakan 'laluan kayangan'.
Lagi kisah menarik berkaitan majlis perkahwinan
Pasangan berkenaan bersama seorang kanak-kanak dibawa naik di atas alat mengangkut barang yang dihias cantik sebelum diangkat oleh kren ke udara ke rumah pengantin perempuan.
Malah, ketika proses mengangkat pengantin, tetamu turut disambut dengan pembakaran mercun dan bunga api yang berwarna-warni.
Turut kedengaran tetamu yang masing-masing teruja dan tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar pasangan sejoli berkenaan.
Pengantin sebenarnya dibawa ke meja hidangan di bawah khemah tapi sengaja menggunakan gimik untuk melalui laluan 'kayangan' ke khemah makanan untuk makanan beradab.
Unik kan! Biarpun nampak kelainan, hakikat tindakan pengantin berkenaan yang dibawa ke udara menggunakan papan mengangkat barang tersebut sangat berbahaya.
Bayangkan ketika berada di udara, angin kencang melanda pasti keadaan sukar dikawal dan sangat membahayakan keselamatan semua.
Sangat mengejutkan apabila pengantin langsung tidak menggunakan pakaian atau tali pinggang keselamatan.
Mungkin niat mereka untuk mengabadikan memori terindah sempena hari persandingan mereka, namun cara mereka tidak kena dan membahayakan.
Bayangkan ketika teruja di udara, kren berkenaan hilang kawalan, pasti membahayakan nyawa pengantin berkenaan serta para hadirin di bawah.
Dahlah baru kahwin tak pasal-pasal pula jadi 'single' semula!
Apa pun beringat sebelum bertindak. Jangan kerana mahu kelainan keselamatan diabaikan. - KitaReporters
.