Permintaan bahan kimia pembersih kuman dan virus meningkat pada masa ini kerana penularan virus Covid-19 di seluruh dunia. Apabila permintaan tinggi, maka bekalan cecair yang kritikal itu menyusut dan nampaknya di Malaysia telah menyebabkan ada yang sanggup mencuri cecair sanitasi (sanitizer) dari hospital-hospital. : KitaReporters


Kejadian ini telah dikongsikan oleh Mahyuddin Mohamed di Facebook miliknya pada Khamis, 19 Mac 2020. 

Dalam kes ini, beliau menyatakan bahawa banyak cecair sanitasi di hospital telah dicuri oleh pesakit dan juga pelawat

"Ini harta rakyat dan kerajaan bukannya milik peribadi anda.

"Kakitangan kesihatan berkorban membahayakan nyawa, masa dan tenaga untuk anda. Anda pula langsung tidak peduli, selfish dan bodoh sombong," marahnya dalam entri facebook beliau tersebut.


Bukan itu sahaja, tular dalam Twitter seorang pengguna dengan bangganya memuat naik gambar dia sedang memegang botol cecair sanitasi yang dicurinya dan mengatakan ambil cecair sanitasi di hospital adalah percuma. 

Ternyata, ciapan gadis tersebut mendapat kecaman netizen kerana kejadian ini pernah berlaku dan ramai yang mencuri cecair sanitasi hospital.


Oleh kerana tindakan bodoh sesetengah masyarakat kita, ini telah memberi impak kepada semua orang, di mana pihak hospital kini enggan meletakkan cecair sanitasi.

Tahukah anda semua, mencuri ini satu perbuatan berdosa!! 

Disebabkan sikap anda ini, kini para pelawat di hospital tidak lagi dapat menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak hospital. 

Betulah , mereka yangmencuri sanitizer ini "langsung tidak peduli, selfish dan bodoh sombong."!! - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: