NAK berniaga tapi enggan keluar modal, untung tahu pula nak banyak.  Itulah sifat manusia yang tidak bertanggungjawab, asyik nak meraih keuntungan atas titik peluh orang saja. Berani sungguh pengkhianat itu menjual filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) atas platform e-dagang, Shopee, dengan harga RM1.32 saja, sedangkan penerbit KL Motion Pictures Company Sdn. Bhd., mengeluarkan belanja besar untuk menerbitkan filem tersebut. : KitaReporters

Disebabkan cerita Keluarga Iskandar The Movie menarik, ada pihak yang membuat cetak rompak untuk raih keuntungan.



Selain KITM, filem Ada Apa Dengan Dosa yang bakal menemui penonton di pawagam pada 10 September 2020 depan turut menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Mereka yang tidak bertanggungjawab itu mesti telah melakukan cetak rompak tersebut selepas kedua-dua karya tersebut disiarkan di saluran Astro First (480) pada 16 Julai (KITM) dan 4 Jun 2020 lalu untuk Ada Apa Dengan Dosa.

Ini penawaran terbuka di Shopee sebelum kandungan perniagaan ini ditarik daripada platform e-dagang tersebut.


Bagi pembeli sudah tentulah mereka akan membeli barang murah bila ada penawaran tapi tidak kepada pembeli yang tahu bahawa produk yang dijual itu tidak sah dari segi undang-undang Akta Hak Cipta 1987.

Sikap tidak bertanggungjawab mereka itu secara tidak langsung menyebabkan nama Shopee turut terbabit yang selama ini menjadi tumpuan ramai.

Pengarah Urusan Wilayah Shopee, Ian Ho dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh media tempatan berkata, Shopee adalah platform penjualan pihak ketiga yang menyenaraikan barangan mereka untuk dijual.

Filem Ada Apa Dengan Dosa yang akan masuk panggung pada 10 September ini turut menjadi mangsa cetak rompak.


“Penjual di Shopee adalah individu atau perniagaan bebas yang tidak berkaitan dengan pihak kami dan Shopee tidak terlibat dalam membuat kandungan senarai jualan.

“Pihak kami memandang serius jika ada pihak yang melanggar undang-undang. Shopee mempunyai polisi penyenaraian yang ketat dan hanya membenarkan penjualan produk dan perkhidmatan yang bersesuaian dengan undang-undang di Malaysia. Kami juga telah menyenaraihitamkan kata kunci berkaitan filem yang berkaitan turut diambil bagi menghalang sebarang usaha jual beli bahan berkenaan, “ katanya.

Beliau turut menegaskan, penjual yang didapati melanggar polisi Shopee akan dihalang daripada menggunakan platform e-dagang tersebut.

Gelagat Mak Jah bersama anak-anak dan cucu-cucunya amat menghiburkan dalam Keluarga Iskandar The Movie.


Sebenarnya masalah cetak rompak di tanah air, bukanlah perkara baharu. Disebabkan sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu, penggiat seni sukar untuk ‘menikmati’ hasil titik peluh mereka dengan tenang. KitaReporters

2
1
0
0
0

Copy Link: