Video| Isteri sebak tengok suami tak berganjak, kesejukan di wakaf! Menunggu dirinya bersalin!

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan... Si isteri mahu si suami terus berada di sisi dan memberi sokongan saat yang penuh debaran melahirkan cahaya mata. - Kredit foto: SirapLimau


BAGI ibu hamil perkara paling menjadi keresahan buat mereka adalah detik melahirkan cahaya mata tanpa ditemani suami tersayang di sisi.

Situasi itu pastinya meninggalkan kesan kerana sebolehnya si isteri mahu si suami terus berada di sisi dan memberi sokongan saat yang penuh debaran itu.

Namun disebabkan pandemik semuanya berubah dan pergerakan juga tidak seperti dahulu lagi. Di hospital pula si suami tidak dibenarkan menemani isteri ketika sedang berjuang di bilik bersalin.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bersalin


Namun si ibu terpaksa mengalah dan berdepan dengan cabaran menguruskan segala persiapan bersalin tanpa bantuan disebabkan perlu akur dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan pihak hospital. 

Antaranya, tiada peneman dalam bilik bersalin, tiada peneman di dalam wad pada waktu siang mahu pun malam, serta tiada pelawat yang dibenarkan masuk pada pagi atau petang.

Fuhh kesiannya…lagi-lagi yang pertama kali bergelar ibu!



Kisah sama turut dikongsi seorang ibu muda yang terpaksa bersendirian menguruskan dan menunggu saat kelahiran anak sulung.

Namun ibu muda itu menerusi aplikasi Tiktok berkongsi momen indah itu merakam situasi suaminya yang tidak berganjak dan sanggup menunggu di pondok kecil berdekatan wad bersalin bagi menanti saat gembira itu.

Wanita yang menggunakan nama Zue Lina itu memberitahu suaminya sanggup menahan kesejukan dan tidur beralaskan lengan di pondok kecil itu.

Zue yang berada di dalam wad itu sempat merakam video suaminya yang terbaring kesejukan itu terharu dan sebak melihat pengorbanan yang dilakukan suaminya.

Malah menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen menyatakan Zue seorang wanita beruntung kerana suaminya seorang yang bertanggungjawab.

Malah ada yang memberi komen menyatakan semua suami akan risau pada saat isterinya sedang berjuang di bilik bersalin sehingga tidak lena tidur… namun apabila selesai suaminya letak kepala je terus sampai ke Jepun.



Walaupun detik-detik kelahiran tidak ditemani insan tersayang, tak bermakna semangat untuk menyambut zuriat tercinta akan pudar. Betul tak wahai ibu-ibu?

Perlu ingat, segala SOP yang ditetapkan oleh KKM dan MKN itu dilakukan demi keselamatan ibu dan anak dalam kandungan itu sendiri.

Disebabkan itu, setiap individu dalam lapisan masyarakat di Malaysia harus memainkan peranan dan menerapkan pembudayaan norma baharu dalam diri untuk bersama-sama menutuskan rantaian Covid-19. - KitaReporters


 

7
4
3
4
0

Copy Link: