Hari Ibu Sedunia 10 Mei! Hari-hari lain Hari Ibu Ratu Hatiku
Published bySiapakah orang yang paling anda cintai di dunia ini? Kalau bukan ibu yang melahirkan kita sembilan bulan sepuluh hari yang sanggup mengendong kandungan ke hulur hilir tanpa memikirkan penat lelahnya. Bagi seorang ibu, anaknya juga adalah segalanya sanggup berkorban apa sahaja hatta hartanya, waktunya, kesihatannya bahkan nyawanya rela ia korbankan demi permata hatinya. : KitaReporters
Apabila anak itu semakin membesar sehingga meningkat usianya dari tidur berbaring, diangkat berdukung, merangkak bertatih, berjalan jatuh, berlari berkejar akhinya dewasa menjadi seorang yang cantik rupawan, tampan dan gagah.
Seusai waktu berlalu mengapa kita harus melupakan jasa dan bakti pengorbanan seorang ibu hingga ada yang membuangnya dalam hidup kita.
Sempena Hari Ibu Sedunia yang tahun ini jatuh pada tanggal 10 Mei 2020, marilah kita renung-renung sebuah hadis di bawah ini:
Hadis
“Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata, “Seseorang telah datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut bertanya lagi, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut terus bertanya lagi, ‘Kemudian siapa lagi?’ Baginda menjawab, ‘Ibumu’.Kemudian barulah ayahmu'.
(HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)
Imam Al-Qurthubi menjelaskan, “Hadis tersebut menunjukkan bahwa kecintaan dan kasih sayang terhadap seorang ibu, harus tiga kali ganda besarnya jika dibandingkan terhadap seorang ayah. Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menyebutkan perkataan ibu sebanyak tiga kali, sementara perkataan ayah hanya satu kali. Bila hal itu sudah kita fahami,ini bermaksud betapa besarnya pengorbanan seorang ibu ketika menghadapi masa hamil, kesulitan ketika melahirkan, dan kesukaran pada saat menyusui anaknya. Ketiga-tiga bentuk pengorbanan itu hanya dimiliki oleh seorang ibu, bukan seorang ayah.
Apa sudah jadi?
Hayatilah sepotong ayat suci al-Quran dari surah Al Ahqaf ayat 17 yang bermaksud, ”Dan (sebaliknya amatlah derhakanya) orang yang berkata kepada kedua-dua ibu bapanya (ketika mereka mengajaknya beriman): “Ah! Bosan perasaanku terhadap kamu berdua!………”
Maka dibimbangi dengan hanya berkata perkataan "Ahh" boleh menyebabkan ibu bapa berasa kecil hati mereka; seterusnya menjadi anak yang derhaka dan sesungguhnya syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.
Beberapa tips meraikan Hari Ibu:
Malaysia bersama-sama dengan 79 buah negara lain bersetuju menjadikan hari Ahad kedua dalam bulan Mei sebagai sambutan Hari Ibu Sedunia.
Pada tahun ini, kebetulan “Hari Ibu” jatuh pada “Hari Nuzul Quran”.
Bagi mengenangkan jasa dan pengorbanan seorang ibu; pelbagai penghargaan dan pengiktirafan telah diberikan kepada mereka terutama dalam bidang seni seperti lagu "Syurga di bawah telapak kaki ibu" oleh Aishah, "Ibu Ratu Hatiku" dendangan Tan Sri (Dr.) P. Ramlee, "Ayah dan ibu" (Sudirman), "Ibu" (Kumpulan Exist) dan banyak lagi. -
KitaReporters