PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini turut menyebabkan warga negara asing juga tidak dapat pulang ke negaranya. Ini membuat mereka juga gelisah kerana sudah agak lama tidak dapat bertemu keluarga. : KitaReporters

Nelayan Thai ini sanggup meredah laut dengan berenang demi menemui keluarga. Kredit foto: Worldofbuzz.

Dalam keadaan kebingungan ini ada yang melakukan perkara nekad agar impian tercapai.

Seorang nelayan Thai berusia 45 tahun yang tersangkut di sempadan Perlis, nekad berenang di lautan demi dapat bertemu dengan keluarganya di Piman, Satun di selatan Thai.

Menurut laporan Worldofbuzz, renangannya mengambil masa dua hari. 

Dia dilaporkan ditemui terdampar di pantai dalam keadaan letih oleh polis marin di pantai Puyu, Satun pada petang Isnin, 13 April 2020.

Kredit foto: Worldofbuzz.

Menurut Ketua Polis Marin Satun, Leftenan Kolonel Banjerd Manavej, nelayan itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Impiannya untuk terus bertemu keluarga tetap terhalang apabila dia perlu menjalani kuarantin selama 14 hari seperti mana yang ditetapkan.

Lebih malang lagi, nelayan itu turut didenda 800 bath (kira-kira RM106).

Menurut Banjerd, mulai 23 Mac 2020, kawalan sempadan diperketat bagi mengelak rakyat Thai yang selama ini berada di Malaysia kembali ke negara itu tanpa melalui saluran yang sah.

Kredit foto: Worldofbuzz.

Sementara itu, Kementerian Luar Thailand, mengatakan rakyat Thai yang terperangkap di Malaysia akan dibenar pulang mulai 18 April 2020 setelah mematuhi peraturan-peraturan tertentu.

Ramai warga Thai yang berulang adik di sempadan Perlis, Perak dan Kelantan serta ramai yang  terbabit dalam bidang makanan di Malaysia terutama sebagai tukang masak dan pelayan. - KitaReporters

0
0
2
0
0

Copy Link: