Detik-detik akhir Ustaz Djuriono sebelum rebah di mimbar lalu meninggal dunia ketika menyampaikan khutbah Aidilfitri. Kredit foto: TribunSolo/sumbangan penduduk. 


KETIKA mengimamkan solat Aidilfitri pada Khamis, 13 Mei 2021, Ustaz Djuriono, 57, masih kelihatan sihat ketika solat berlangsung di lapangan terbuka depan penduduk Dusun Dalangan, Desa Ngemplak, Kecamatan (mukim) Kalikotes, Klaten, Jawa Tengah

Ketika awal menyampaikan khutbah, Djuriono masih bersemangat, namun setelah beberapa saat tiba-tiba dia rebah di mimbar

Ia mengejutkan sekalian jemaah dan dia segera dibawa ke hospital berhampiran. Namun doktor mengesahkan dia telah meninggal dunia.


Lagi cerita-cerita pilu berkaitan husnul khatimah


Penyataan kematian Ustaz Djuriono diumum kepada penduduk. - Kredit foto: TribunSolo.


Djuriono disenangi penduduk kampung di mana dia turut menjadi ketua Rukun Tetangga dan seorang guru sekolah menengah. Ustaz yang dikenali berperibadi santun ini mendedikasikan hidupnya untuk dunia pendidikan dan dakwah. 

Djuriono disahkan kena serangan jantung dan mengikut keluarganya dia memang mempunyai masalah penyakit itu sejak lama. 

Djuriono meninggalkan satu isteri, dua anak dan satu menantu. Jenazahnya dikebumikan beberapa jam selepas kematiannya.


Sebahagian penduduk menyaksikan jenazah Djuriono dimandi. - Kredit foto: Tribunsolo.


Kematian Ustaz djuriono yang rajin bersedekah itu meninggalkan kesan mendalam kepada penduduk setempat sehingga ramai yang mengiring jenazahnya ke tanah perkuburan. 

Salah seorang penduduk bernama Sudirin berkata, Allahyarham selain suka menolong, juga dikenali sebagai dermawan dan suka bersedekah.

"Dia adalah ustaz yang suka menolong masyarakat dan pasti jasa dan sifat baiknya tidak akan dilupa penduduk," kata Sudirin kepada TribunSolo.com pada Khamis, 13 Mei 2021. - KitaReporters


2
0
1
0
2

Copy Link: