APAKAH perasaan anda sebagai seorang wanita apabila tidak disenangi ibu mentua sendiri lantaran berkahwin dengan anaknya tanpa restu? Mungkin sedih, kecewa, geram tetapi terpaksa juga menanggungnya demi mengekalkan rumah tangga di samping tidak mahu anak-anak menerima padah jika berpisah. -KitaReporters

AMRITA Singh, bekas isteri Saif Ali Khan. - Kredit foto: Wikipedia


Inilah kepayahan yang terpaksa dilalui aktres Amrita Singh selama melayari bahtera berumah tangga dengan Saif Ali Khan, anak kepada aktres terkenal Sharmila Tagore dan bekas kapten pasukan kriket India, Mansoor Ali Khan Pataudi.  

Ketika berkahwin dengan Amrita pada Oktober 1991, Saif baharu menjangkau umur  20 tahun dan belum pun menceburi filem. 

Sementara Amrita pula sudah terkenal sebagai bintang layar perak .

Namun kedua-dua mereka jatuh cinta dan berkahwin walaupun Amrita ketika itu sudah berusia 32 tahun, iaitu 12 tahun lebih tua daripada Saif. 

Rasa cinta mengetepikan perbezaan umur ini.

SAIF Ali Khan dan Amrita Singh pada hari perkahwinan mereka Oktober 1991. - Kredit foto: Pinkvilla.


Baik Saif atau Amrita tidak memaklumkan kepada keluarga masing-masing bahawa mereka akan berkahwin. Jelasnya perkahwinan mereka dirahsiakan. 

Inilah antara sebab yang menimbulkan kemarahan Sharmila sebaik sahaja dia mendapat tahu mengenai perkahwinan tersebut.

Dia juga menganggap Saif masih terlalu muda untuk berkahwin dan marah kerana anaknya mengahwini wanita yang jauh lebih tua daripadanya.

Perasaan marah dan kecewa itu terus terpendam dalam jiwa Shamila, bintang yang pernah membintangi banyak filem box-office seperti Aradhana, An Evening in Paris, Aa Gale Lag Jaa, Amne Samne, Mere Humsafar, Amar Prem dan banyak lagi.

SHARMILA Tagore dikatakan tidak menyenangi menantunya, Amrita Singh. - Kredit foto: WikiBio


Lantaran itu hubungan Amrita dengan ibu mertuanya tidak begitu mesra sekalipun dia telah memberikan dua orang cucu untuk Sharmila, Ibrahim Ali Khan, 19, dan Sara Ali Khan, 24 tahun

Malah Saif sendiri tetap menyayangi Amrita.

Memetik laporan ibtimes.co, Amrita memberitahu dalam satu wawancara bagaimana Sharmila meletakkan dirinya dalam keadaan sukar sebaik sahaja berkahwin dengan Saif.

Dia juga pernah merayu kepada Saif agar tidak meninggalkannya berdua-duaan dengan ibu mentuanya kerana ia pasti mewujudkan keadaan tidak mesra antara mereka berdua.

Amrita mendedahkan bagaimana dia sentiasa diperhatikan dengan curiga setiap kali ada perhimpunan keluarga atau majlis keraian perkahwinan mereka.

Namun kerana tekanan berterusan dan mungkin keserasian sudah tidak wujud, akhirnya Saif dan Amrita berpisah pada tahun 2004 selepas 13 tahun bersama.

SAIF Ali Khan (kiri) bersama anaknya, Ibrahim Ali Khan. - Kredit foto: Zoom TV


Saif menerima kenyataan perceraian mereka dan tetap menghormati isterinya yang juga merupakan ibu kepada dua orang anaknya yang sudah besar. 

Ibrahim dan Sara Ali Khan sudah pun menjadi bintang Bollywood mengikut jejak ayah dan ibunya.

Filem pertama yang memperkenalkan Ibrahim ke layar perak ialah Tehsan sementara Sara pula melalui filem Kehdarnat.

Sementara Saif sudah berkahwin dengan aktres Kareena Kapoor dan dikurniakan anak, Taimur Khan, Amrita masih berseorangan. 

Mungkin dia tidak memikirkan pun untuk berkahwin lagi. Dia lebih suka hidup bersama anak-anaknya.

Beberapa tahun lepas, Sharmila dikatakan ada menghantar pesanan ringkas kepada Amrita memuji bekas menantunya kerana telah memelihara anak-anaknya dengan baik dan sempurna selepas menyaksikan sendiri penampilan cucunya dalam Kedarnath.

SAIF Ali Khan bersama anak perempuannya, Sara Ali Khan. - Kredit foto: India TV News


Sekalipun sudah bercerai, Saif tetap menjalin hubungan baik dengan anak-anaknya dan sentiasa mengingati mereka walau pun jarang berjumpa.

Katanya, dia menyimpan gambar anaknya Ibrahim di dalam dompetnya dan hampir menangis setiap kali menatap gambar tersebut. 

Dia juga sangat merindui dan mengingati anak perempuannya Sara.

Ini berlaku kerana walaupun tidak ada persengketaan nyata antara Amrita dengan Saif selepas perceraian, keadaan dikatakan berubah selepas Saif mengahwini Kareena.

WAJAH jelita Sara Ali Khan, anak hasil perkongsian hidup Saif Ali Khan dan Amrita Singh. - Kredit foto Wikipedia


Saif mendakwa Amrita tidak membenarkan kedua-dua anaknya bertemu dengannya, apa lagi bermalam bersama. Saif mendakwa Amrita bimbang Kareena akan mempengaruhi  anak-anak mereka sedangkan Amrita sendiri tahu itu semua tidak benar.

Namun anak-anak Saif sudah dewasa dan matang berfikir. 

Mereka boleh menentukan sendiri arah laluan hidup mereka tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. 

Tetapi kasih sayang kepada ibu bapa tetap tidak pernah terpadam. - KitaReporters

AKTRES KAREENA KAPOOR, isteri Saif Ali Khan. - Kredit foto: Pinterest.

0
1
4
1
1

Copy Link: