Berita Terkini| Bayi perempuan baru lahir, masih ada kesan darah ditemui! Belakang sebuah rumah
Published by
KETUA Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan. - Kredit foto: Sinar Harian.
POLIS Terengganu menemui seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dan masih bernyawa di belakang sebuah rumah di Kampung Geliga, Kemaman awal pagi Khamis, 1 April 2020.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, bayi itu yang masih mempunyai kesan darah terus dikejarkan ke Hospital Kemaman.
“Pihak kami menerima panggilan daripada seorang wanita yang menemui bayi berkenaan kira-kira 5.30 pagi ini dan siasatan polis mendapati kawasan rumah terbabit berdekatan dengan laluan orang ramai, tidak berpagar serta tiada kamera litar tertutup (CCTV).
"Berdasarkan maklumat, polis yang menjalankan siasatan berjaya menahan seorang wanita yang juga dipercayai ibu bayi terbabit berusia 18 tahun, kira-kira 100 meter dari tempat kejadian kira-kira 8 pagi," ujarnya yang dipetik oleh Harian Metro.
KEADAAN bayi ketika ditemukan oleh pasukan polis di sebuah rumah di Kampung Geliga, Kemaman pada 1 April 2021. - Kredit foto: Facebook.
Suspek kini
dibawa ke Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.
Hanyan dalam pada itu berkata suspek kini mengaku melakukan perbuatan berkenaan dengan meletakkan bayi di kawasan berkenaan. Malah suspek mengaku melahirkan bayi tanpa pengetahuan keluarga.
Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk mendapat perintah reman bagi membantu siasatan. - KitaReporters