Kena start, jangan stuck! Nasihat makan dalam DSV! Jangan hanya bergantung kepada bendera putih!

Published by
KitaReporters


Perihal bendera putih lagi. Silap beri reaksi mengenai kempen itu yang tidak dipersetujui ramai, siaplah akan kena kecam. Sekarang giliran usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) atau Hasmiza Othman, 50, dikecam bertubi-tubi. 

Pelbagai kata-kata dilemparkan kepadanya seperti, "tunggu la DSV jatuh tersungkur, baru tahu.. " dan macam-macam lagi, yang mana beliau sendiri tak terasa pun dengan kata-kata seperti itu, kerana apa? 

Katanya, komen marah-marah itu kerana tidak faham dengan apa yang dia cuba sampaikan


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan DSV


Menurut Vida, dia bukan kata tak sokong kempen bendera putih, "nak kibar minta tolong, buatlah, namun perlu fikir juga, jangan rasa buntu dengan apa telah berlaku, move on. Mulakan dengan usaha baru. Gunakan akal dan cari jala, berniaga misalnya. Kalau kata alasan tak ada modal, pilih niaga tanpa modal," tegasnya.

Yang penting kata beliau: "Kena start dan don't get stuck! Move on." 

Ini kerana tambahnya, kegagalan itu adalah perkara biasa, jika jatuh atau gagal dalam sesuatu usaha, atau hilang pekerjaan, fikirkan cara lain. Gagal satu usaha, fikir dan terus fikir, dan usaha cara lain pula. Tidak ada kejayaan tanpa kegagalan. 

Sebelum berjaya katanya, dia sendiri banyak kali gagal contoh, tiga kali jatuh 5 kali bangun!

"Kalau kibar bendera putih minta bantuan, kena fikir juga berapa lama kau nak harap? Orang boleh bagi sekali dua kali, tapi kalau selalu sangat minta, orang pun jemu nak bagi kalau orang yang meminta itu sihat, cukup sifat anggota tubuhnya dan ada akal fikiran. Takkan nak meminta sampai hujung tahun depan?" Soalnya.


Kredit Video: Facebook Sayang-Sayang DSV


Jadi menurutnya, tak dapat tidak, kena juga berusaha sendiri, tak ada siapa akan bagi bantuan selamanya kepada orang sama kalau dia normal dan sihat. 

Kesimpulannya, kempen kibar bendera putih itu bukanlah selamanya, sementara dalam PKP tetapi kalau wabak Covid-19 ada selamanya, adakah nak terus meminta bantuan orang?

Betul juga kata Vida, waktu genting, orang bantulah tapi pada masa sama orang normal akan cari jalan untuk kesinambungan hidupnya melainkan orang itu memang suka ambil kesempatan. Malas berusaha dan saja nak tunggu bantuan kerana peluang dapat barang percuma tu ada. Golongan kedua ini yang Vida nak sekolahkan.

Mengenai cara lontaran percakapannya yang tidak disenangi itu tolak tepi, bagi yang kenal dan biasa dengan gelagat Vida, sudah maklum dengan sifatnya, tiba-tiba meninggi suara, terjerit dengan mimik muka begitu begini, terkadang menyakitkan hati. Abaikan lakonan `komersial`nya tu. Penting, ambil tip yang positif. 



Dengan usahawan yang kaya pengalaman itu, kena terima kata-katanya yang `makan dalam` sebelum hadam. Apa yang netizen doa, supaya dia jatuh baru sedar, katanya dia tak hairan kerana sudah lama dia jatuh bangun dalam dunia perniagaan. 

Pada ungkapan netizen, "kalau tak nak bantu, baik diam" dia senyum saja kerana soal urusan bantu orang dah lama menjadi amalannya, sebelum ada kempen bendera putih lagi. Hanya dia yang tahu, "takkan saya nak heboh pada orang ramai?" (mengenai kerja kebajikannya).  

Netizen yang tak percaya, mungkin boleh bertanya kepada penduduk di sekitar kediamannya dan orang kampungnya, kerana dia beritahu dua tempat itu dia selalu agihkan bantuan. 

Seorang yang sifatnya suka mencabar dan membakar hati orang untuk menaikkan semangat melalui kata-kata pedas dan tajam.


Video penuh yang mula-mula menyebabkan viral kecaman. Kredit video: Facebook Sayang Sayamg DSV


Ringkasan tip Vida boleh direnungi:

  • Kempen bendera putih - Sokong tapi nak bagi tahu, bukan semua orang saggup letak bendera putih, ada malu dengan jiran, takut anak marah. "Itu isu saya dan Cek B berhadapan. Ada itu rumah besar, malu nak angkat bendera putih. Masalah malu, nak jaga air muka.
  • Nak bagi bantuan tak payah tunggu bendera putih, sebab ada orang memang susah tapi tak sanggup kibar bendera putih kerana malu. Kena cari penerima yang layak.
  • Hilang pekerjaan. Alihkan kegiatan. Nak berniaga, kena ada sikit modal, kalau tak ada, mulakan meniaga tanpa modal, contoh jenis dropship atau jual batu sungai. "Kutip free, pilih yang bulat elok, jual sebagai batu bertungku, harga boleh cecah RM50 sebiji, untung penuh. Pergi jual kepada orang kaya. Lebih bagus daripada berniaga emas yang besar modalnya dan cenderung rugi. Hadam dua contoh ni dulu, katanya. (Faham yang tu, boleh fikir macam-macam jalan).
  • Niaga depan rumah.
  • Guna kreativiti masing-masing bagi memulakan perniagaan yang diyakini berupaya menjana pendapatan. “Misalnya, mungkin anda tengok batu sungai tak ada nilai, tapi bagi saya sebagai usahawan ia sangat bernilai."
  • Mulakan perniagaan dengan perancangan dahulu. 
  • Kena "start dan jangan get stuck". Contoh, "Saya pernah ada duit 50 sen sahaja untuk teruskan hidup, pinjam duit kawan mula meniaga pencuci muka. Hutang tu kenalah bayar. Doa juga perlu."
  • Pelaksanaan PKP ketika ini bukan alasan masyarakat perlu terus menerus menagih simpati tanpa berusaha.


Kredit Video: Facebook Sayang-Sayang DSV

 


Kepada komen peringatan, tunggulah kalau (Vida) jatuh nanti, baru sedar, jawabnya dengan selamba dalam temu bual siaran langsung, "Nak tunggu apa, aku dah lama jatuh bangun (di dunia perniagaan). Setiap kali jatuh, bangun semula, jatuh bangun lagi dengan usaha dan doa." 

Dalam banyak-banyak yang mengecam, ada juga yang menyokong.

"Betul la tu.. takkan PKP 10 tahun 10 tahun nak harap orang bantu kau, suap bagi kau makan, kau yang kena bangun bantu diri kau sendiri, " kata seorang netizen. Ada yang cuma tak suka dengan cara penyampaiannya.

Demikian cerita Vida dan bendera putih, tujuan untuk membakar semangat supaya orang berusaha, kecaman diterima. 

Semua bermula dengan siaran TikToknya, yang mulanya memuji usaha peniaga menjual kuih di hadapan rumah sendiri dengan harga murah, kemudian dia kaitkan dengan isu bendera putih, yang kemudian memberi persepsi, mengharap bantuan menerusi inisiatif  ‘bendera putih’, dianggap malas dan enggan berusaha oleh Vida.

Tengok dari sudut positif, abaikan yang negatif. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: