Iman, anak pemain bola sepak legenda Singapura, Fandi Ahmad! Model kembang sayap jadi penyanyi!
Published byKredit foto: Instagram Iman Fandi Ahmad
MASIH ingat tak tentang pemain bola sepak dari Singapura, Fandi Ahmad yang menjadi kegilaan remaja terutama gadis yang minat bola sepak pada tahun 90-an dahulu. Rupa-rupanya jejaka yang pernah mencipta nama di arena antarabangsa itu sudah mempunyai anak-anak remaja dan seorang daripada, anak gadisnya sedang mencipta nama sebagai penyanyi.
Iman Fandi, puteri tunggal ketiga daripada lima beradik, yang dilahirkan pada tahun 2000, kini sedang mengukir nama di pentas selepas melancarkan lagu pertamanya Timeframe pada awal tahun 2021 ini. Sebelum ini Iman sudahpun berjaya menjadi model sejak berusia 14 tahun lagi.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Singapura
Jika diikutkan Iman Fandi mula terbabit dalam dunia seni, olahraga dan model ini ketika berumur 11 tahun.
Mewarisi bakat ibunya, Wendy Jacob yang juga model terkenal dari Afrika Selatan, Iman Fandi berjaya menempa nama dalam dua pertandingan The New Paper`s New Face 2014 dengan merangkul gelaran Nylon Digital Cover Girl dan New Look Miss Fashionista yang membolehkan gambarnya disiarkan di muka depan majalah Elle bersama model Fiona Fussi dan Vivien Ong pada Januari 2015.
Iman Fandi menjadi model (peragawati) paling muda yang pernah menjuarai pertandingan itu dan akhirnya tahun lalu, dia mengikat kontrak dengan agensi LINKModels International, dia muncul beraksi untuk majalah antarabangsa Harper`s Bazaar dan Nylon Digital Cover Girl.
MME News and Magazine turut melaporkan Iman Fandi kemudian kemudian ditawarkan menjadi duta iklan untuk The Body Shop dan Adidas bersama-sama Joakim Gomez, Michelle Sng dan Danial Ashriq.
Dalam usia masih muda dan ketika menjadi rebutan semua agensi pengiklanan, Iman Fandi turut menimba ilmu di bidang psikologi. Dari bekerja sambilan di sebuah gunting rambut dia meneroka peluang hidup dengan menikmati kerja sambil berlibur memperagakan pakaian di seluruh dunia.
Bertuah betul Iman kerana ayahnya, Fandi Ahmad, 58, seorang pesara jurulatih dan bekas pemain bola sepak profesional Singapura yang beraksi sebagai kedudukan penyerang dan kadangkala menjadi pemain tengah.
Fandi juga rakyat Singapura pertama yang bermain di Eropah. Muncul sebagai jutawan sukan Singapura yang pertama dan ahli sukan Singapura yang pertama mempunyai biografi penerbitan.
Dia dianggap sebagai legenda kebangsaan dan pemain terbaik Singapura.
Beliau mempunyai lima anak dengan Wendy Jacobs dan bapanya ialah Ahmad Wartam, bekas penjaga gol kebangsaan Singapura.
Fandi telah tersenarai dalam kedudukan keenam dalam senarai 50 Atlet Terhebat Singapura oleh The Straits Times pada 1999.
Ada anak Fandi Ahmad yang turut mengikut jejak langkah menjadi pemain bola sepak.
Dengan pemilikan harta berjumlah S$80 juta (RM240 juta) sudah mampu memberi Iman Fandi memiliki apa saja yang dikehendaki di dunia.
Tetapi anak gadis ini nampaknya lebih suka berdikari dengan membabitkan diri sebagai pelakon, ahli sukan, model dan akhir sekali sebagai penyanyi dalam tempoh 9 tahun saja.
Pelancaran album ini sekali gus menjadi taruhan terbaharunya dalam dunia hiburan.
Sejak April tahun 2020 lalu, Iman Fandi pernah muncul dalam album single `Stay Home` yang menggalakkan pendengar supaya berkurung di rumah sepanjang tempoh kawalan pergerakan di negaranya. - KitaReporters
Anak-anak Fandi Ahmad juga jadi rebutan anak muda-mudi pula.
Dalam Facebook wakil rakyat Singapura, Dr Intan Azura Mokhtar mencatat: "Saya gembira akhirnya, Puan Wendy memutuskan untuk menjadi warga negara Singapura." - Kredit foto: FB Intan Mokhtar