Arthur, kucing yang sanggup korbankan nyawanya! Selamatkan 2 anak tuannya dipatuk ular berbisa
Published byULAR Eastern Brown. - Kredit foto: Animal Emergency Service (AES).
WALAUPUN ia spesies haiwan yang mudah dimanjakan tetapi keberanian seekor kucing di Queensland, Australia yang sanggup mempertaruhkan nyawanya sehingga menemui ajal demi keselamatan dua kanak-kanak daripada serangan seekor ular yang berbisa mendapat pujian daripada netizen di wilayah itu.
Dalam kejadian pada 15 Februari 2021 lalu, kucing tersebut yang bernama Arthur, kucing peliharaan keluarga dua kanak-kanak itu, bertindak balas dengan menyerang seekor ular berbisa yang nama saintifiknya Eastern Brown selepas binatang itu cuba mematuk kanak-kanak terbabit.
Ketika itu, dua kanak-kanak berkenaan sedang bermain-main di
belakang rumah bersama Arthur dan
secara tiba-tiba ular itu dipercayai datang dari semak menghampiri kanak-kanak
itu untuk mematuknya.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kucing:
https://kitareporters.com/search?search=kucing
ARTHUR berkeadaan lemah selepas bergelut dengan ular Eastern Brown pada 15 Februari 2021. - Kredit Foto : AES
Melalui catatan laman Facebook Animal Emergency Service (AES) atau Perkhidmatan Kecemasan Haiwan dipetik berkata, melihat kejadian tersebut, Arthur terus bertindak menyerang ular yang berwarna coklat itu merupakan salah satu daripada 10 ular yang berbisa dan mudah dijumpai di Australia.
Akibat pergelutan kedua haiwan terbabit, Arthur dipatuk dua kali oleh ular itu dan mati pada keesokan harinya, manakala dua anak keluarga itu terselamat daripada menjadi mangsa serangan haiwan itu.
Sebelum itu, menurut laporan AES, dalam kekecohan berikutan dengan kejadian tersebut, tiada sesiapa pun dalam kalangan keluarga itu melihat gigitan ular tersebut pada badan kucing berkenaan.
CLAIRE Gormen bersama ular berbisa yang ditangkap. - Kredit Foto : AES
Ini kerana jangkaan mereka Arthur tidak mengalami kecederaan selepas melihat haiwan itu dalam keadaan sihat dan dapat berjalan seperti biasa.
Bagaimanapun, pada keesokan pagi pemilik kucing itu mendapati tubuhnya tidak bermaya dan akhirnya Arthur mati sebelum keluarga terbabit membawa kucing yang sudah berjasa terhadap anak mereka ke klinik haiwan.
Biasanya ular berkenaan akan membunuh manusia selepas 15 minit mematuk mangsa sekiranya mangsa tidak diberi rawatan selanjutnya dan haiwan itu agak bernasib baik tidak mati selepas kejadian itu.
Ruangan komen posting dalam laman AES daripada netizen yang turut
bersimpati dengan nasib Arthur selain memuji keberanian seekor kucing yang
mempertaruhkan nyawanya demi keselamatan dua kanak-kanak terbabit. - KitaReporters