Video| DSV, Cik B, Kacak tak ketinggalan bantu! Misi bantuan banjir dari Ipoh ke Hulu Langat!
Published byBUKANLAH dipanggil Dato Seri Vida atau DSV kalau tidak mengambil kesempatan daripada apa-apa yang sedang viral.
Ada melabel beliau suka ambil kesempatan, pantang tahu ada orang sedang susah daripada apa yang ditular, terus sahaja menawarkan diri untuk membantu.
Hakikatnya apa sahaja anggapan orang terhadap niatnya, sikap Vida yang suka membantu orang yang dalam kesusahan itu adalah perbuatan terpuji.
Apa lagi dalam kes tragedy banjir yang sedang berlaku ini yang mana membabit sangat ramai mangsa terkesan dan satu dunia tahu akan apa sedang berlaku di Malaysia.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan DSV (Vida)
Sebaik sahaja keadaan banjir reda dan jalan sudah boleh dilalui, Vida tidak ketinggalan menyertai usaha murni menghantar misi bantuan ke tempat memerlukan seperti mana dilakukan NGO dan individu lain.
Penulis seronok melihat video mengenai misi itu yang diterbitkan dalam laman FB beliau, Sayang-Sayang DSV Official.
Video yang dimuat naik pada 21 November 2021 lalu, bertajuk Bantuan Banjir DSV & Team, memaparkan kegiatan bantuan sumbangan untuk mangsa banjir yang terjejas di kawasan Hulu Langat.
"Lapan (8) jam perjalanan dari Ipoh, biasa sepatutnya dua jam. Sangat meruntun jiwa, ada tinggal sehelai sepinggang. Rumah hancur dibawa arus deras. Bekalan air dan elektrik masih belum ada sepenuhnya.
"Insya-Allah saya akan teruskan lagi sumbangan. Ini baru first trip, InsyaAllah saya & team akan ke kawasan lain juga," tulis beliau dalam pengenalan video itu.
Video itu memperlihatkan beliau dan anak kesayangannya Cik B, menunjukkan mereka menunjukkan wang kertas tebal bersusun dipercayai puluhan ribu ringgit yang diperuntukkan untuk membantu mangsa banjir.
Bantuan mereka adalah dalam bentuk barangan keperluan seperti baldi, tisu, buang, selimut, tilam dan pakaian seperti lampin pakai buang, selipar, makanan kering susu, air mineral, air kotak, biskut, roti lori 3 tan dan nasi beriani. Turut disumbangkan kain telekung dan sejadah, makanan kering dan siap masak serta wang.
Barang-barang itu dihantar menggunakan lori tiga tan, membabitkan pasukan misi yang turut disertai Vida sendiri serta anaknya.
Menurut Vida, anak-anaknya, Cik B dan Kacak sangat meminati menyertai misi bantuan seperti itu, lebih lebih lagi beliau kerana mereka ingin melihat sendiri barang itu disampaikan kepada mangsa terbabit.
Destinasi persinggahan pertama adalah di Balai Polis Bt 18, tempat lori berhenti untuk memindahkan barangan ke kenderaan jenis 4x4, yang akan dipandu masuk ke kawasan yang terkesan dengan banjir kerana disebabkan jalan becak tidak memungkin lori berkenaan untuk melaluinya.
Misi yang bertolak siang itu, sampai pada waktu malam. Barang-barang diturunkan di Masjid Batu 18, sebelum Vida kemudian dibawa untuk melihat keadaan rumah yang terkena banjir, sambil diberi penerangan oleh wakil di situ yang memberitahu, rata-rata semua rumah dalam keadaan teruk, ada yang hancur dan ada yang tinggal tapak.
Vida yang berbajuT lengan panjang putih kapas, berseluar panjang merah jambu dan mengenai but kuning kuning para betis dan Cik Bi, berpakaian warna gelap dan but hitam sempat berbual dengan salah seorang penduduk di situ.
“Saya harap barang ini sampai kepada mereka yang betul-betul memerlukan jiwa saya, Cik B dan Kacak suka tengok sendiri barang yang disampaikan.
Selepas trip pertama, Vida berkata, mereka juga bercadang menghantar misi bantuan ke Shah Alam pula selepas ini.
Dalam perjalanan pulan Cik B menyatakan hasrat untuk membeli sendiri barang-barang di kedai, sambil disambut gelak besar oleh Vida, mungkin kerana itu adalah tugas timnya, apabila ditanya ibunya mengapa Cik B nak beli barang sendiri.
“Sebab tak puas kalau tak dapat pilih sendiri barang yang hendak dibeli,” jawab Cik B.
Vida mengucapkan terima kasih kepada Balai Polis Bt 18 dan penduduk kampung yang membantunya.
Beliau juga menitipkan, "bagi sesiapa yang ingin bersama saya memberi sumbangan boleh menderma ke akaun DARUL TAHFIZ DS VIDA ( MAYBANK ) 5580 2432 4882." - KitaReporters