SELAIN Shah Rukh Khan (SRK) yang menghulurkan bantuan kepada orang ramai yang terkesan oleh perintah darurat akibat Covid-19 di India, terdapat sejumlah lagi selebriti Bollywood yang turut memberi sumbangan berbentuk kewangan. Antaranya ialah Ajay Devgn, Rohit Shetty, Arjun Kapoor dan Amitabh Bachchan. : KitaReporters


Selain wang, Salman turut menyediakan barangan asas kepada sebahagian pekerja filem Bollywood. - Kredit foto: FB @humanlikesalman


Namun sumbangan Salman Khan dikatakan antara sumbangan bernilai tinggi kerana menyumbang lebih USD$1.2  juta atau kira-kira RM5.2 juta kepada 19,000 pekerja filem (kru) Bollywood.

Perkara itu dilaporkan oleh media Times of India.

Salman telah menghubungi Kesatuan Pekerja Filem India untuk mendapatkan senarai nama pekerja filem yang memerlukan bantuan.

Salman Khan mengeluar sejumlah kekayaannya bagi membantu pekerja filem Bollywood. - Kredit foto: IG beingsalmankhan

Menurut jurucakap kesatuan itu, Ashok Dubey, terdapat seramai 25,000 orang dalam senarai dan sebahagian sudah menerima sumbangan daripada Salman Khan melalui akaun bank.

Setiap pekerja filem Bollywood menerima sebanyak 5,000 Rupee India (kira-kira RM284) daripada Salman.

Selain wang, Salman turut menyampaikan barangan keperluan asas kepada sebahagian pekerja filem Bollywood.

Sementara itu, Salman kini tinggal di rumah ladang di Panvel bersama ibunya Salma Khan, kakaknya Arpita, abang iparnya, Aayush Sharma dan dua anak buahnya Ahil dan Ayat akibat perintah berkurung.

Sementara ayahnya Salim Khan bersama beberapa ahli keluarga terperangkap di kediaman mereka di Mumbai, India. 

Salim adalah seorang pelakon veteran. Parvel terletak kira-kira 35 km dari Mumbai.

Salman Khan menghabiskan masa kuarantin di ladangnya di Parvel. - Kredit foto: salmankhannn

Salman menghabiskan masa di ladangnya di Parvel dengan melawat ladang dan bermain dengan kuda kesayangannya.

Salman dengan nama penuhnya Abdul Rashid Salim Salman Khan bakal berusia 55 tahun (lahir pada 27 Disember 1965), tetapi masih bujang.

Menurut Forbes 2018 dalam senarai 100 penghibur dunia dengan pendapatan tertinggi, Salman berada di senarai ke-82 dengan pendapatan USD$37.7 juta (kira-kira RM160 juta) sejak mula terbabit dalam filem Bollywood pada 1988.

Kini Salman ingin menyumbangkan sebahagian pendapatannya untuk amal dengan membantu karyawan filem Bollywood yang terkesan dengan perintah darurat akibat Covid-19 di India. - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: