Video| Ebit kayuh beca! Rasai kesusahan jadi penarik beca!
Published byEbit Lew membawa beca berwarna-warni di bandaraya Melaka mengejutkan orang ramai.
https://kitareporters.com/search?search=ebit+lew
Timbul tanda tanya adakah pendakwah bebas dan tokoh amal itu sudah berubah kerjaya dan perniagaannya bermasalah.
Namun akhirnya dugaan orang ramai itu terjawab apabila Ebit berhenti tidak jauh dari situ.
Sebanyak 150 penarik beca menerima sumbangan makan dan duit poket.
Dia mengayuh beca itu hanya hendak merasai cara pengayuh beca bekerja bagi menyarakan diri sendiri dan keluarga.
Dia kemudian menyerah 150 set barang dapur dan duit poket kepada 150 orang penarik beca kerana para penarik beca itu terkesan sewaktu pandemik Covid-19.
Ada dalam kalangan penarik beca yang masih muda melakukan pekerjaan lain seperti menjadi penghantar makanan, pemandu Grab atau berjualan burger. Cuma golongan yang sudah berusia yang kekal mengayuh beca walaupun pendapatan tidak seberapa.
Katanya setelah PKP berakhir, dia akan membawa isteri dan anak-anak melancong ke Melaka dan menaiki beca. Dia berharap Covid-19 cepat berakhir dan industri pelancongan cepat dipulihkan.
Ebit Lew sebelum ini pernah melakukan sumbangan kepada pemandu bas dan van sekolah di Shah Alam, Selangor dan memberi air percuma kepada sejumlah penghuni flat di Subang Jaya dan dua kali menyumbangkan makanan kepada binatang-binatang di Zoo Negara.
Sementara itu, stesen TV berbayar Astro melalui saluran Astro Prima akan menyiarkan satu siri program TV bagi memperlihatkan kerja amal Ebit Lew. Rancangan dinamakan ‘Jejak Ebit Lew’ yang bermula 7 Disember 2020 itu akan memperlihat secara dekat diri Ebit sebagai tokoh amal dan dermawan.
Dalam rancangan itu, Ebit menyatakan hidupnya untuk melakukan kerja amal dan tidak berminat berkecimpung dalam politik.
Kita harap tidak lama lagi atas sumbangan amalnya dia akan diberi anugerah Datuk atau Datuk Seri daripada salah sebuah negeri atau beberapa negeri.
Malah dia juga wajar diberi anugerah pada peringkat pesekutuan. Alangkah bahagianya kalau di Malaysia terdapat sejumlah lagi jutawan yang berhati mulia seperti Ebit Lew. - KitaReporters
Berikut adalah tulisan penuh Ebit Lew dalam Instagramnya.
“Sebak jer tengok 150 orang abang beca dan pakcik beca di Melaka. Hari ini hadiahkan 150 set barang dapur dan duit poket sedikit untuk semua abang beca. Sedih rasa hati.
"Musim pkp ini teruk juga mereka. Mereka buat banyak kerja lain juga. Cuma yang pakcik-pakcik mereka tetap bawa beca. Ada yang jual burger, bawa grab dan semualah yang boleh sara diri dan keluarga. Ramai ucap terima kasih. Sudi hadir beri semangat dan doa. Beri sedikit sumbangan untuk mereka. Ya Allah berat yer ujian mereka.
"Mereka harapkan mereka yang bercuti dari kl dan johor. Dan negeri lain untuk memeriahkan suasana.