Piala Futsal Malaysia 2022: Pulau Pinang kejutkan pasukan pilihan, Pahang! 3-2! Separuh akhir 1
Published byPULAU PINANG melakukan kejutan dalam perlawanan separuh akhir pertama apabila mengejutkan pasukan pilihan dalam kejohanan Piala Futsal Malaysia (MFC) Cuckoo 2022 apabila menundukkan Pahang Rangers FC 3-2 di Kompleks Sukan Negara, Panasonic di Shah Alam.
Pulau Pinang yang turun selaku bukan pasukan pilihan ternyata ia bukan masalah besar untuk mereka sebaliknya bermain begitu baik dan berjaya mendahului 2-0 awal ke atas Pahang Rangers sehingga membuatkan Pahang berada dalam tekanan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan futsal
Dua gol awal Pulau Pinang dijaringkan oleh Hamzah Ahmad pada minit ke-11 dan Amirul Radzi pada minit ke-12 namun Pahang Rangers bangkit untuk menyamakan kedudukan menerusi Ridzwan Bakri pada minit ke-23 dan Yazid Kamaruzuan pada minit ke-30.
Perlawanan yang dilihat seakan-akan berkesudahan seri namun satu gerakan cantik dan Aizat Saari menjadi wira apabila jaringan beliau pada minit ke-37 membolehkan Pulau Pinang mencatat kemenangan dalam perlawanan yang penuh dramatik ini.
Dalam perlawanan ini dapat dilihat bahawa Pahang Rangers begitu sukar menebus gol Pulau Pinang dan pujian perlu diberikan kepada penjaga gol Pulau Pinang kerana berjaya menyelamatkan deretan peluang yang terhidang oleh Pahang Rangers.
Dalam perlawanan ini juga terjadi terjadi sedikit kontroversi apabila jaringan Pahang Rangers dibatalkan oleh pengadil perlawanan, sekali gus mencetuskan sedikit kekecohan dikalangan pemain dan pegawai Pahang.
Kekalahan Pahang Rangers sudah tentu satu tamparan hebat untuk mereka kerana dibarisi dengan beberapa pemain kebangsaan manakala untuk Pulau Pinang mendapat tonik tambahan untuk perlawanan akan datang.
Kesemua pasukan akan bertemu kembali pada separuh akhir kedua pada 16 dan 17 Julai 2022 nanti untuk menentukan pasukan mana yang akan beraksi pada perlawanan akhir yang dijangkakan akan berlangsung pada 23 Julai 2022. - KitaReporters