Kedai Emas yang sedia menerima duit syiling daripada Januri. - Kredit foto: Tribun Jateng.


WALAUPUN kehidupannya cuma sebagai pengemis, namun dia tetap berhasrat membelikan perhiasan emas buat isteri bersesuaian dengan kemampuannya. 

Lelaki yang sudah bertaraf datuk bernama Januri, 60, itu sanggup membawa wang syiling dua guni bagi tujuan tersebut.

Namun penat payah lelaki dari Desa Paras, Kecamatan Ketanggungan, Brebes, Jawa Tengah ini membawa  dua guni duit itu tidak dihargai beberapa kedai emas dikunjunginya di bandar Brebes, Jawa Tengah selama beberapa hari. Alasannya, urus niaga mereka tidak menerima duit syiling.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perhiasan

Januri (kiri) melihat wang syiling yang dibawanya dikira. - Kredit foto: Tribun Jateng


Sehinggalah pada Rabu, 30 Jun 2021, Januri mencuba nasib dengan pergi ke sebuah kedai bernama Kedai Emas Rama sebaik sahaja kedai itu dibuka.

Seorang pekerja bernama Prima Puput, 19, terkejut melihat tubuh lelaki lusuh berada di depan kedai sebaik sahaja pintu gril kedai dibuka.

Januri memberi tahu bahawa dia berhasrat membeli sejumlah perhiasan emas sambil menunjukkan dua karung duit syiling yang dibawanya.


Kebetulan tuan punya kedai bernama Hengky Wibowo, 40, ada dan dia mengarahkan empat pekerja mengira wang itu. Dan mereka mengambil masa kira-kira 2 jam untuk mengira sambil diperhatikan oleh Januri.

Wang yang terkumpul berjumlah Rp9.4 juta (kira-kira RM2,800). Ia merupakan pecahan syiling bernilai seribu (30 sen) dan 500 rupiah (15 sen) serta wang kertas Rp2 ribu (kira-kira 60 sen).

Januri memberitahu pekerja kedai emas itu bahawa wang itu adalah simpanannya daripada hasil mengemis.

Dan dia ingin membeli barang perhiasan emas untuk isteri sebagai simpanan berharga

Dengan jumlah itu pihak kedai mencadangkan Januri membeli 10 gram rantai dan 18 gram gelang tangan dengan harga istimewa.

Kemunculan Januri itu dirakam salah seorang pekerja kedai dan dimuat dalam Instagram @andreli48 lalu tular dalam sejumlah laman sosial.

Ramai warga net memuji sikap pengemis itu yang menghargai isterinya dengan membeli barangan berharga walaupun harganya tak seberapa. - KitaReporters


Empat pekerja kedai emas mengambil masa 2 jam untuk mengira duit syiling Januri. - Kredit foto: Tribun Jateng.

1
1
0
0
0

Copy Link: