Air mata PKPP! Rindu terlerai selepas 9 bulan tak jumpa ibu!
Published byPENULARAN COVID-19 pasti menjadi kenangan buat kita semua, dan meninggalkan kisah yang tersendiri. Bukan sahaja terkurung di rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi lebih malang ada yang kehilangan mata pencarian. Malah lebih memilukan hati apabila terpisah dengan keluarga tersayang. Tempoh tiga bulan berlangsungnya PKP bukan waktu yang singkat! : KitaReporters
PERTEMUAN penuh emosi selepas sembilan bulan tidak bersua muka. - Foto IG PDRM
Perkara sama turut berlaku kepada seorang petugas barisan depan (frontliners) yang terpaksa memendam rasa rindu kepada ibu dan ahli keluarganya yang terpisah berikutan PKP dan PKP Bersyarat (PKPB).
Satu video yang telah dimuat naik laman sosial Instagram Friends of PDRM baru-baru berkongsi mengenai seorang pemuda yang terpisah selama sembilan bulan dengan ibu membuat kejutan di gerai miliknya ibunya.
Difahamkan pemuda berkenaan telah menyertai latihan polis selama enam bulan sebelum disambung dengan PKP menyebabkan mereka terpisah selama sembilan bulan.
Lama tu! Kalau mengandung dah bersalin dalam tempoh tersebut.
Video yang berdurasi lebih daripada tiga minit itu memaparkan pertemuan dua beranak dalam keadaan penuh hiba.
Difahamkan anak lelakinya yang tamat latihan polis terlibat dengan barisan depan dan bertugas membuat kejutan istimewa untuk pulang tanpa pengetahuan ibunya yang mencari rezeki sebagai penjual nasi lemak.
Malah dia juga sempat menyamar sebagai pembeli sebelum identitinya terkantoi.
Dalam episod kejutan itu, si anak dilihat memakai penutup muka dan menyamar sebagai pembeli di gerai nasi lemak ibunya.
Namun ibunya yang bersahaja kelihatan tenang kerana menyangka itu adalah pembeli tanpa menyedari itu adalah anak lelakinya.
Melihat ibunya tidak menyedari dirinya lantas membuatkan dia memperkenalkan dirinya sendiri.
Situasi tersebut terus berubah menyebabkan ibunya terkedu sebelum menangis sambil memeluk erat kerinduan terhadap anak lelakinya.
Aduiiii sebaknya melihat!
Tanpa berlengah si anak terus memeluk ibunya dengan erat mebuatkan ibunya semakin kuat menangis.
Video rintihan rindu itu disaksikan ratusan ribu dan kebanyakan netizen mengakui sebak melihat episod dua beranak tersebut.
Sapa tak rindu kan kalau dah sembilan bulan tak jumpakan??
Bagi ibu anak sentiasa di hati, manakala bagi si anak pula ibu adalah ratu hatinya yang tiada pengganti!
Ternyata PKP yang berlangsung mencoretkan satu kisah yang tidak akan dilupakan dalam kehiupan kita semua. - KitaReporters