Seorang bekas pesakit Covid-19 merayu bantuan rawatan perubatan daripada masyarakat sebanyak RM10,000 kerana kini mengalami pelbagai komplikasi akibat penyakit itu sejak tahun lalu.

Norhayati Abdul Rashid, 58, yang tinggal di Kampung Pulau Kemiri, Sungai Siput, Perak terkena jangkitan Covid-19 pada tahun lalu dan terpaksa dikuarantin di rumah selama dua minggu,

Katanya, setelah terkena jangkitan Covid-19, beliau kini mengalami penyakit kencing manis, darah tinggi dan kadangkala terkena tarikan sawan yang menyebabkan dirinya berkeadaan separuh sedar,


Lagi cerita-cerita menagih simpati berkaitan tolong kami, bantu kami

Mohd Idris Kamaruddin menyuapkan makanan kepada isterinya Norhayati Abdul Rashid yang kini tidak berupaya di Kampung Pulau Kemiri, Sungai Siput, Perak 


"Saya kini tidak boleh begerak dengan sempurna macam dulu. Bantuan perubatan itu amat diperlukan untuk membeli ubat, susu, alat mengesan tekanan darah serta kos untuk berulang alik ke hospital pada setiap dua minggu sekali bagi tujuan memulihkan kesihatan.

"Untuk makan pun perlu disuap dan kini terpaksa menggunakan pampers dengan keadaan suaminya yang bekerja sebagai penoreh getah, saya perlukan perhatian juga rawatan pada setiap masa," katanya ketika ditemui di rumahnya, Kampung Pulau Kemiri, Sungai Siput aru-baru ini.

Menurutnya, bantuan rawatan perubatan itu diperlukan untuk membeli beberapa alat perubatan untuk kegunàn sendiri di samping membeli susu, katil kesihatan dan beberapa keperluan lain. 

Kesemuanya ini diperlukan untuk memulihkan kandungan gula di dalam badan memandangkan keadaan saya yang semakin kurus.

"Pihak keluarganya sudah tidak mampu untuk membiayai rawatan penyakit yang saya alami kini " kata Norhayati.



Suami Norhayati, Mohd Idris Kamaruddin adalah seorang penoreh getah. 

"Sekarang ini musim hujan dan pokok getah mengalami penyakit dan agak sukar untuk dapatkan hasilnya. Pendapatan suami tidak menentu,'' katanya. 

Harga getah yang tidak menentu menjejaskan periuk nasi mereka. Tambahan, kos rawatan Norhayati amat mahal untuk mereka hadapi.

Ketika ditanya sama ada beliau pernah mendapat apa-apa sumbangan daripada mana-mana pihak, beliau berkata, pihaknya tidak mendapat sebarang bantuan walaupun dari MySalam.

Kepada sesiapa yang ingin membantu Morhayati boleh menyalurkan sumbangan ke akaun BSN 0899541100133484 (suami, Mohd Idris Kamarudin) atau boleh menghubungi anaknya Mohd Helmi melalui talian 013 4776559.

Norhayati tinggal di No 5, PPRT Kampung Pulau Kemiri, 31100 Sungai Siput, Perak. - KitaReporter


12
8
0
19
0

Copy Link: