Video| Untunglah! Nik bahagia nikahi warga emas! Suami pertama 70 tahun! Suami kedua juga 70 tahun!

Published by
KitaReporters

WALAUPUN Nik masih remaja dan suaminya berumur lebih 70 tahun tetapi mereka dikatakan tetap hidup bahagia. - Kredit foto : TikTok


BAGI seorang janda muda, dia tidak merasa malu walaupun sekali lagi berkahwin untuk kali kedua juga dengan seorang warga emas yang berumur lebih 70 tahun asalkan suaminya mempunyai rumah, kereta dan bertanggungjawab terhadap dirinya.

Janda muda yang berusia 20 tahun itu berkata, perkahwinan kali pertama, wanita itu telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang berumur 70 tahun tetapi jodohnya tidak berpanjangan kerana suaminya meninggal dunia akibat serangan jantung. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan suami-suami tua



Menurut Nik, jikalaulah suaminya sudah ada rumah kediaman dia tidak payah tinggal di rumah sewa dan begitu juga dengan kenderaan kalau suaminya memiliki kereta akan memudahkan dia bergerak ke sana ke mari.

Wanita itu juga tidak kisah walaupun ada anggapan hubungannya dengan suaminya bukanlah pasangan suami isteri tetapi seperti seorang atuk dengan cucunya. 

 Selain itu, dia juga menerima teguran beberapa rakannya yang menasihatnya supaya mencari calon suami yang sebaya dengannya.


 


Seperti  terdapat dalam video yang viral di media sosial baru-baru ini, wanita terbabit yang dikenali dengan nama Nik itu percaya kebahagiaan sebuah rumah tangga bukanlah terletak kepada faktor usia sebaliknya seorang suami yang begitu prihatin dalam kehidupan pasangan rumah tangga.

Sehingga kini, hampir 500 ribu penonton yang melihat video berkenaan yang dimuat naik oleh akaun TikTok @nik.164  dan pelbagai komen daripada netizen.



``Umur akak (Nik) sudah 20 tahun, suami pula 70 tahun lebih. Nik dah biasa nikah dengan orang tua. Ketika Nik umur 18 tahun lagi sudah berkahwin, lepas habis sekolah,’’ katanya yang dipercayai berasal dari Kuantan, Pahang. 

Namun, perkahwinan  keduanya kali ini juga dengan seorang lelaki yang berumur lebih 70 tahun.

Menurutnya, suami pertama orangnya baik serta bertanggungjawab dan selepas kematian suaminya, emak tiri Nik memberitahunya bahawa ada seorang lelaki akan datang ke rumah untuk berjumpa ibu tirinya.

``Selepas itu, mama cakap lelaki tu berumur, Nik tak cakap apa-apa, Nik diam sebab akak sayang warga emas.  

``Mama cakap dia sudah ada kereta dan rumah sendiri, Nik pun gembira lah senang nak bawa akak pergi mana-mana,’’ ujarnya. 




Kebanyakan netizen begitu terkejut dengan tindakan Nik yang akan berkahwin untuk kali kedua juga dengan seorang lelaki yang sudah berumur sedangkan umur wanita itu masih muda remaja lagi.

Walaubagaimanapun, netizen turut bersyukur kerana jodoh pertemuan Nik itu telah ditentukan oleh Allah. 

``Semoga rumah tangga kamu kekal berpanjangan sehingga akhir hayat,’’ kata seorang pembaca.

``Selamat ye Nikkk, semoga bahagia hingga ke jannah,’’ ucap @natashanlla.

``Selamat pengantin baharu Nikk. Semuga berbahagia hingga ke jannah. Amin-amin,’’ balas @miasalmia466. - KitaReporters


 

 

 

 

 

 

 

 

12
10
0
20
0

Copy Link: