Video| Puteri Sarah, anak-anak ada di Tanah Suci! Lakukan umrah kali kedua! Mohon doa beri ketenangan!
Published byPELAKON Puteri Sarah Megat Kamaruddin, 38, dan dua anak kesayangan, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, sudah berada di Mekah untuk menjalani ibadat umrah bagi kali kedua, mengikut perancangan.
Keberangkatan pelakon itu bersama anak-anak dihantar oleh keluarganya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Subang pada pagi Khamis, 26 Januari 2023.Tidak kelihatan suaminya, Syamsul Yusof.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Tanah Suci Mekah dan Madinah
Perkongsian Sarah, 38, dalam Instagramnya menuai doa dan harapan daripada orang ramai agar pelakon itu memperoleh umrah yang mabrur, sekali gus pulang ke tanah air kelak dengan hati yang tenang.
Beberapa rakan artis turut memanjatkan doa untuk Puteri Sarah dan anak-anak. Antaranya bintang veteran Fauziah Nawi, Salina Saibi, Hannah Dalisha dan Zarina Zainuddin.
Turut merestui pemergian Puteri Sarah dan anak-anak ialah tokoh motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah.
“Tok Abah doakan perjalanan umrah kamu dan anak-anak semoga dipermudahkan serta mendapat hikmah sebesarnya ya.“Balik Malaysia nanti maklumkan Tok Abah ya nak,” tulis Dr Fadzilah.
"Doakan Sarah & anak2 ya 🤍. Bye semua 👋🏻," itulah tulis Puteri Sarah dalam Instagramnya.
Sejumlah peminat Puteri Sarah turut mendoakan kesejahteraan Puteri Sarah meneruskan kehidupan.
Malah ada yang meminta Syamsul Yusof naik kapal terbang ke Mekah untuk memujuk Puteri Sarah seperti yang ditulis oleh netizen yang dikenali sebagai shazriza_shasha.
Katanya, "#SyamsulYusof U patut beli tiket terus shoot pegi Makkah minta maaf pada Sarah.... Pujuk dia.... ini tak, wife dgn anak2 terkontang kanting sorg diri, dia boleh beli tiket kawin kat Thailand....Makkah tempat yg baik, patutnya Cari Sarah di sana, berbincang jika Masih ingin selamatkan hubungan.....😢"
Rata-ratanya netizen tumpang simpati dan kecewa kerana keberangkatan tiga beranak itu ke Tanah Suci langsung tidak dipedulikan suami dan bapa mereka.
Menerusi satu perkongsian dalam laman Instagram, Puteri Sarah memuat naik foto dirinya yang dilihat tampil serba putih bersama anak-anaknya di lapangan terbang KLIA. =]\7/8*99
Manakala dalam Insta Story Puteri Sarah, hanya ibu bapa serta adik beradiknya yang dilihat mengiringi Puteri Sarah berangkat ke Tanah Suci.
Ramai tertanya-tanya apabila tidak kelihatan kelibat suaminya, Syamsul Yusof.
Sementara itu, menerusi TikTok ada satu video dimuat naik oleh seorang pengguna memaparkan suasana di lapangan terbang kelihatan Sumayyah dan Syaikhul sedang menunggu untuk berlepas.
Bagaimanapun, air muka anak bongsu Puteri Sarah, Sumayyah menjadi perhatian ramai apabila kelihatan sayu seolah sedang memikirkan sesuatu atau mungkin seperti mencari 'sesuatu'.
Rata-rata netizen mengatakan Sumayyah mungkin sedang mencari kelibat bapanya sebelum dia bersama abang dan ibunya berangkat ke Tanah Suci.
Puteri Sarah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 16 Januari 2023.