Apa punya bapak! Tergamak tinggalkan anak-anak! Anggap isteri tidak normal lahirkan anak kembar 5X!
Published byDIKURNIAKAN anak kembar adalah dambaan bagi pasangan suami isteri.
Walaupun cabaran berbeza dengan yang lain dalam proses membesar anak kembar namun hanya individu tertentu sahaja terpilih untuk memiliki anak kembar.
Berbeza dengan seorang suami di Uganda apabila tergamak meninggalkan isteri dan anak-anak yang masih kecil selepas mengetahui isterinya melahirkan anak kembar buat kali kelima.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kelahiran kembar
Memetik laporan Odditycentral.com, Nalongo Gloria tidak menyangka kelahirannya yang kelima juga merupakan pasangan kembar membawa malapetaka kepadanya.
Namun wanita cekal itu berjanji tidak akan meninggalkan anak-anaknya sebaliknya mahu membesarkan anaknya sendiri walaupun tanpa sokongan suaminya.
Gloria mengakui dia tidak pernah menjalani rawatan kesuburuan IVF namun telah dianugerahkan setiap kelahiran membawa kepadanya pasangan kembar.
Namun keterujaan menerima anak kembar itu membawa berita duka kepada sang suami.
Lebih menyedihkan suaminya, Ssalongo memberitahu kehadiran bayinya kesembilan dan ke-10 itu merupakan ujian berat kepada dan tidak sanggup lagi untuk menanggungnya.
Ssalongo juga menganggap Gloria sebagai tidak normal kerana hanya mampu melahirkan zuriat kembar.
“Ketika mengetahui kehamilan kelima juga adalah kembar, suami berkata ia adalah sesuatu yang berat untuk diterima dan meminta supaya saya kembali ke rumah orang tua semula,” kata Gloria dalam temu bual NTV Mwasuze Mutya, pada 21 Julai 2022 lalu.
Malah suami juga terus meninggalkan mereka anak beranak tanpa keperluan asas.
Walaupun suaminya tergamak bertindak sedemikian namun dia tetap cekal teruskan kehidupan bersama anak-anak.
“Saya tidak pernah menyesal melahirkan kesemua anak ini, walaupun saya tahu bapa mereka tidak menyenangi kehadirannya namun saya tidak boleh meninggalkan anak-anak ini,” ujarnya dengan sebak.
Gloria mengakui walaupun ujian yang diterima terlalu berat namun dia tidak menyalahkan takdir. Sebaliknya wanita berani itu mahu teruskan kehidupan bersama anak-anaknya.
Gloria kini tinggal bersama tujuh orang anaknya berikutan pasangan kembar yang sulung telah mendapat tawaran kerja di bandar manakala seorang daripada anaknya telah meninggal dunia.
Lebih menyedihkan kini, ibu tunggal itu berdepan masalah besar selepas diminta mengosongkan rumah sewa yang didiami berikutan beberapa bulan tidak menjelaskan sewa.
Dia kini buntu mencari jalan penyelesaian. - KitaReporters