KETIKA Puteri Wales (Princess of Wales), Kate Middleton dilaporkan 'mengamuk' dan mengarahkan supaya 'gundik' suaminya yang dikenali sebagai Rose Hanbury disekat daripada menyertai kegiatan keluarga diraja dan berada dalam lingkungan sahabat mereka. Putera William pula beria-ria mahukan rakan lama mereka itu disenaraikan sebagai kerabat diraja. 

Dalam laporan berita Music M Mundial, William dikatakan meminta agar Rose dimasukkan dalam senarai kerabat untuk membuktikan mereka adalah saudara-mara dan tiada skandal berlaku. 

Ia telah menjejaskan kestabilan emosi Kate dan skandal itu turut meretakkan perkahwinan mereka, Bukan itu saja, pasangan itu juga sedang dilatih bagi menggantikan bapanya, King Charles III yang sudah lanjut usianya.



Apakah itu satu 'sumpahan' baharu beberapa bulan diberi gelaran Putera dan Puteri Wales, William dah buat onar dan Kate akan menjadi mangsa seterusnya yang akan mewarisi nasib malang mentuanya, Lady Diana yang menderita hidupnya ketika menjadi Princess of Wales itu.

Daripada Llywelyn ap Gruffydd (Owain Gwynedd or Owain the Great), King of Gwynedd, yang pertama dinobatkan sebagai Prince of Wales pada 1258 sehingga kematiannya  pada1282, selepas lebih 20 orang menerima gelaran itu, William mewarisi gelaran itu daripada ayahnya Raja Charles III yang ditabalkan Raja selepas kematian Ratu Queen Elizabeth II tahun lalu (2022). 

Charles akan menaiki takhta pada Mei dengan Camilla sebagai Tengku Permaisuri.

Skandal raja dengan gundik ini memang biasa dalam keluarga monarki tertua di Eropah itu kerana sebelum ini suami neneknya, Putera Philip juga dikatakan turut mempunyai ramai perempuan penghibur. Keadaan ini turut dialami oleh moyang William, Raja Edward VIII yang juga Prince of Wales, berselingkuh dengan isteri orang dari Amerika, Wallis Simpson sehingga terpaksa melepaskan gelaran Raja pada 1936.


Prince William and Kate with Rose Hanbury and David Rocksavage at a charity event in King's Lynn, Norfolk, in 2016

Rose menjadi kawan rapat pasangan diraja ketika menghadiri acara keraian. - Kredit gambar: Mailonline


Kemudian bapanya Charles ketika memegang gelaran itu turut menyimpan gundik yang juga isteri kawannya, bekas tentera Andrew Parker, Camilla Rosemary Shand kemudian dikenali sebagai Camilla Parker Bowles. Konflik rumah tangga ibu bapa William dan adiknya, Putera Harry berakhir apabila ibunya, Diana mati nahas di Paris.

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja nama William 'naik' kerana dikatakan berperangai macam bapanya, menyimpan gundik dan meraikan Hari Kekasih dengan Rose di sebuah restoran di London dengan pelayan memberitahu, pewaris takhta itu menghadiahkan kalong mutiara pada wanita berkenaan. 

Willian kemudian menafikan dan akhbar serta pakar diraja turut menafikan perselingkuhan itu.

Sarah Rose Cholmondeley, Marchioness of Cholmondeley atau lebih dikenali Rose Hanbury adalah golongan bangsawan, bekas model dan pekerja politik. 

Rose berkahwin dengan  David Rocksavage Cholmondeley, 7th Marquess of Cholmondeley. Ini bermakna Rose sebahagian daripada kerabat diraja Britain atas dasar perkahwinan dengan David yang juga penerbit filem pada 2009.  


Rose dan suaminya David yang jarak usia 22 tahun. - Kredit gambar: Mailonline.


Malah ada gosip mengatakan William sudah bermain cinta ketika Kate hamil anak ketiganya. Patutlah Kate semakin kurus. Bukan apa dia perlu kelihatan "suci' di publik dan harus mengekalkan ciri-ciri permaisuri yang turut sedikit sebanyak memberi tekanan jiwa padanya.

Pakar penulis diraja menafikan laporan itu kerana mereka yakin William tidak akan mengorbankan kesetiaan sebagai suami dan menjejaskan perkahwinannya serta maruah bapa kepada tiga anak, Puteri Charlotte, Putera Louis dan Putera George. 

Malah William tergelak besar menjawab soalan itu. Malah bila pertama kali disebarkan fitnah itu, media diugut saman.

Mailmail Online UK melaporkan Charles pula telah melantik suami Rose sebagai setiausaha peribadi, Lord Great Chamberlain dan Camilla juga dikatakan lebih menyukai Rose. Lord Chamberlain akan berjalan bersama raja sepanjang pertabalan. Ini bermakna Rose akan hadir menyaksikan suaminya mengendalikan acara berkenaan.

Laporan Animated Times memetik ulasan Putera Harry mendakwa istana cuba menyembunyikan kelakuan William itu untuk "melindungi dia" agar skandal abangnya daripada terbongkar. - KitaReporters


David Rocksavage, the Marquess of Cholmondeley, with his wife, the former model Rose Hanbury, in London in June 2016

16
9
0
13
0

Copy Link: