Mohd. Fauzi Abdullah (tiga dari kiri) memberi penerangan kepada Tan Chong (tengah) dan Haslinda Salleh (dua dari kanan) mengenai kemampuan tangki air Labis Baru yang boleh menapung sehingga 26 MLD dalam satu-satu masa.
Haslinda Salleh meninjau proses rawatan air di LRA Ayer Panac C di Labis.
Loji Rawatan Air (LRA) Ayer Panas C yang sudah mula beroperasi sejak April 2023 berjaya menyelesaikan masalah gangguan belakan air yang sering berlaku di sekitar kawasan Labis, Johor terutama ketika musim perayaan.
Pengurus Operasi Ranhill SAJ Daerah Segamat, Mohd. Fauzi Abdullah berkata, pengoperasian LRA tersebut serta tangki baharu yang mampu menampung 26 juta liter padu (MLD) air terawat dalam satu-satu masa memberi manfaat kepada kira-kira 11 ribu pemegang akaun di Labis dan kawasan sekitarnya.
Haslinda Salleh (tiga dari kanan) diiringi Mohd. Fauzi ( tiga dari kiri) meninjau operasi kolam rawatan air di LRA Ayer Panas C.
"Kerja-kerja pembinaan loji rawatan air dan tangki air tersebut yang menelan kos sebanyak RM45 juta itu bermula pada tahun 2021 dan siap sepenuh pada 2023.
"Sebelum adanya loji rawatan baharu ini, pihak kami bergantung kepada LRA Ayer Panas A yang hanya berkemampuan merawat dan membekalkan sekitar 11 MLD dalam satu-satu masa," katanya ketika sesi lawatan tapak pemimpin setempat ke tangki air terawat baharu dan LRA Ayer Panas C pada 22 Julai 2024 lalu.
Lawatan tersebut disertai ADUN Tenang, Haslinda Salleh dan ADUN Bekok, Tan Chong. Turuty serta ialah ketua kampung, pemimpin masyarakat kaum Cina, Ahli majlis Daerah Labis, Jurutera Majlis Daerah Labis, Setiausaha Majlis Daerah Labis dan pemimpin masyarakat setempat.
Katanya, walaupun LRA Ayer Panas C sudah beroperasi sepenuhnya sejak satahun lalu, namun operasi LRA Ayer Panas A masih diteruskan sepert biasa sekali gus meningkatkan keupayaan pihak Ranhill SAJ merawat dan membekalkan sejumlah 37 MLD berbanding 11 MLD sebelum ini.
Menurutnya, liputan kawasan yang mendapat menafaat ekoran pengoperasian LRA tersebut adalah sekitar Labis hingga sempadan daerah Muar, Bekok, Chaah hingga sempadan Yong Peng serta sekitar Tenang Stesen.
Ujar Mohd. Fauzi lagi, apa yang lebih ketara sejak kedua-dua kemudahan tersebut beroperasi, aduan gangguan bekalan air daripada pengguna termasuk semasa musim perayaan berkurangan kecuali gangguan yang disebabkan berlakunya paip pecah selain gangguan luar jangka yang tidak dapat dielakan.
"Jika mengambil kira pembangunan pesat serta pertambahan penduduk di kawasan terbabit, kedua-dua kemudahan ini mampu untuk menampung keperluan pengguna selama tempoh 20 tahun akan datang.
"Selepas tempoh tersebut mungkin terdapat keperluan menambah baik kemudahan sedia ada. Namun ia bergantung kepada kepesatan pembangunan serta pertambahan penduduk di kawasan terbabit,"katanya. - KitaReporters
Haslinda Salleh (dua dari kiri) dan Tan Chong (kiri) mendengar taklimat mengenai latar belakang LRA Ayer Panas C yang disampaikan oleh Mohd. Fauzi di Bilik Mesyuarat LRA Ayer Panas C di Pekan Ayer Panas, Labis, Johor.