.



SAMA ADA karma atau suratan takdirnya tertulis begitu. Selepas menaiki takhta mengiringi Raja England pada 8 September 2022, permaisuri pengiring dikatakan terus dirundung malang sebab bukan saja gagal menawan hati rakyat tetapi juga anak-anak, menantu dan cucu tirinya.

Sebaliknya dia terus menjejaskan hubungan kekeluargaan dengan campur tangan dan sikap kerasnya yang mengecewakan banyak pihak.

Tidak hairanlah cemuhan demi cemuhan dalam media sosial terutama TikTok yang dimuat naik oleh pembencinya mempamerkan "sisi gelapnya" termasuklah peristiwa terkincit ketika pertabalan diraja pada tahun lalu (2024).



Dilaporkan ketika itu dia mengalami masalah penghadaman tidak terkawal sehingga ciirit-birit terus meninggalkan kesan tahi di baju pertabalan yang akan dipamerkan dalam galeri diraja.

Kena pula pembantu istana terpaksa cuci menggunakan tangan kerana kain itu rumit dan tabiat pengotornya sejak muda. Maka setiap bulan dilaporkan adalah yang  "keluar masuk" (berhenti  kerja) kerana pekerja tidak tahan dengan perangainya itu.

Itu tidak termasuk dalam tabiatnya kentut "merata" termasuk di tempat umun kerana masalah ususnya, membuatkan mereka yang berada berdekatan dengan kena tutup hidup dan menahan "muntah hijau".

Bayangkan gaun pertabalan itu akan dipamerkan sepanjang riyawat kerajaan beraja dengan masih ada kesan kuning tahi. Maka setiap kali orang ramai melihat teringat peristiwa itu. 

Gosip mengenai baju itu disebarkan oleh akaun media sosial @IconInsider yang melaporkan selepas pertabalan dipendekkan masa menjadi sejam saja, kakitangan istana memberitahu, walaupun pasangan itu sudah memakai pampers pakai buang, namun masih ada akibat lelehan cirit-birit itu.


Kesan najis itu akan mengingatkan kejadian tidak diduga 



Dalam sesetengah masyarakat ini dipanggil sebagai daulah diraja dan jika melanggar istiadat akan ditimpa bala.  Maka situasi itu seolah-olah memakan diri sendiri. Ketakutan sampai terkincit.

Maka pekerja istana itu dikatakan mendapati baju itu berbau busuk dan kesan kuning cirit-cirit itu ketika membersihkannya.

Bukan itu saja, dengan usia 76 tahun tenaga sudah ke penghujungnya dan banyak acara Camilla tidak dapat hadir sebab selalu tidak sihat. Ada juga memberitahu, ramai juga raja dunia yang tidak mempelawa dia menghadiri majlis seperti perkahwinan kerana dianggap tidak sesuai.

Menaiki takhta diraja sudah tercapai tetapi bila sudah pada hujung hayat, tugasan yang perlu dirasmikan oleh raja, sudah menjadi satu beban dan permaisuri juga dikatakan sering menolak menghadiri majlis, sebaliknya mahu menghabiskan masa di istana saja.

Misalnya dalam satu podcast, anaknya Tom Parker Bowles sebagai  jurucakap ibunya memberitahu pada Disember 2024 lalu, permaisuri terpaksa berehat kerana jangkitan kuman di paru-parunya selepas melawat Australia dan Samoa pada Oktober 2024.



Walaupun bergelar permaisuri pengiring, Camilla tidak layak menerima pencen diraja dan mewarisi mahkota dan kekayaan keluarga itu. Sebab tarafnya bukan seperti Ratu Elizabeth II.

Sekarang pula, pemuja Lady Diana membuatkan puteri itu  "kekal memerintah" apabila "menghidupkan" Diana menggunakan  teknologi kecerdasan buatan (AI). Bagi mereka yang penting gambar Diana sentiasa  viral. Biarkan permaisuri buat kerja turun padang dengan "kotor  tangan". Diana tersenyum lebar di kerusi Ratu Hati Rakyat.

Bila Ratu Hati Rakyat England diberi wajah lebih ayu menggunakan teknologi AI (kecerdasan buatan).


Sehingga kini sudah 48 tahun berlalu, momen Diana sentiasa dikenang, sentiasa diberi imej semasa dan menjadi bahan viral serta trending dalam TikTok berbanding Ratu Elizabeth II atau kerabat lainnya.

Diana dianggap paling popular, banyak dirakam gambarnya sudah tentulah pelbagai bentuk dan fesyen boleh diubah suai. Populariti Diana setanding sejarahwan yang menulis tentang tamandun Mesir, Asia, Eropah dan China.

Terkini, kempen menghidupkan kembali bonda William dan Harry dengan secara teknologi AI, satu mimpi ngeri kepada Camilla dan Charles kerana Diana akan kekal membayangi dan menghantui pasangan itu sepanjang hayat mereka.



Bila menoleh sejarah Raja Henry VIII (1509-1547) yang melakar banyak sejarah hitam termasuk memacung dua isterinya semata-mata untuk berkahwin dengan enam wanita bagi mendapatkan pewaris lelaki. 

Charles beruntung kerana mendapat dua putera dan hasrat Camilla untuk menggantikan anak-anaknya sebagai sebahagian kerabat diraja termasuk menggantikan Putera William sebagai Prince of Wales, ditolak oleh Charles dan disokong oleh Puteri Anne serta kerabat lain yang diberi tanggungjawab oleh ibunya mengawasi sistem monarki.

Independent melaporkan, bila Kate Middleton mula kembali bertugas September tahun lalu (2024), turut mengagalkan hasrat Camilla untuk menggantikan Kate dengan Rose Hanbury. Malah dikatakan ada usaha untuk menyingkirkan anak-anak Diana dan digantikan dengan anaknya, Tom serta Laura Lopes Parker.

Walaupun berjaya sebab Harry sudah tiada di England, nampaknya usaha lain dibuat dalam diam supaya kerabat itu dipindahkan kepada anak-anak dengan bekas suaminya.

Malah tersebar luas khabar angin Camilla sudah kembali ke pangkuan bekas suaminya yang dikekal baik selepas mereka bercerai, sebaik saja Charles dikesan menghidap barah. 

Lebih-lebih lagi bila Charles enggan memberikan harta diraja termasuk intan berlian dan mahkota berjuta-juta pound. Sebaliknya perhiasan itu diwariskan pada anak William, Puteri Charlotte.


Gaji dan elaun yang dinikmati sekarang.



Wanita ini mahu dianggap sebagai pengganti atau setaraf Ratu Elizabeth II. Barangkali terlupa mentuanya itu masih ada Puteri Anne, Andrew dan anak bongsu, Edward yang kini banyak menjalankan amanah oleh ibunya.

Dan elokpun, dua wanita itu seperti buku bertemu ruas kerana dulu mereka merebut seorang lelaki yang sama yang juga bekas suami Camilla. Andrew Parker Bowles dulu kekasih Anne.

Sebelum ini Anne banyak berdiam diri tetapi apabila wanita itu sudah sedikit tamak dengan banyak permintaan tidak masuk akal., maka Anne terpaksa masuk campur dan menunjukkan dia masih "berkuasa" kerana keluarga diraja itu kerabatnya.

Selagi ada Charles, Camilla hanya hidup dengan elaun daripada suaminya dan jika suaminya mati, kemungkinan besar disingkirkan.

Camilla mendesak anak cucunya diberi gelaran dan elaun diraja. Anak lelakinya Tom Parker Bowles diberi gelaran Lord. Masa pertabalan, semua anak dan adik beradik bekas suaminya menjadi pengiringnya termasuk kakaknya, Annabel. 

Camilla turut diminta dia dikebumikan sebelah Ratu Elizabeth yang membangkitkan kemarahan William. 

Bukan saja Tom dikeluarkan daripada  kegiatan diraja, kakaknya juga dihambat keluar dari kediaman diraja, rumah yang dibeli oleh Charles dan diberikan kepada Camilla. 

Lebih teruk lagi William juga mengosongkan Istana Kensington (Istana Diana duduk selepas bercerai) bagi mengelakkan Tom duduk di situ.

Tindakan Charles mewariskan semua harta diraja dan segala kekayannya sebaik saja Putera William dilantik sebagai Putera Wales, merobekkan hati Camilla. sampaikan ada usaha memburuk-burukkan William sebagai tidak layak menduduki takhta.



Sebanyak £3,000 (RM16,650) digunakan untuk merawat rambutnya saja.


Tidak cukup dengan itu, pengawal kacak Charles juga digantikan tugasnya kerana bimbang dia mengalahkan populariti wanita itu dan jangan lupa perbuatan kejam menghalau Putera Harry dan Meghan Meckle, sesuatu di luar peri kemanusiaan.

Putera Harry yang kini bahagia dengan dua anak mereka. Archie dan Lilibet di California.

Malah tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang membuat keputusan tidak menghantar pulang Harry balik ke England dengan alasan putera itu sudah pun ada banyak masalah dengan Meghan. Sebelum ini, sepanjang kempen pilihan raya presiden, Trump siap menyuruh Harry siap bungkus pakaiannya.



Kata pengkritik, Charles sudah mula melihat perangai sebenar wanita itu terutama permintaan melebihi kerabat diraja membuatkan raja itu berfikir banyak kali termasuk menceraikan dia.

Bagaimanapun selepas wanita itu mendesak pampasan £40 juta sebagai bayaran perceraian, akhirnya bak kata perpatah dikejar tak dapat dikendong keciciran. Semacam cirit-birit pada hari pertama menjadi permaisuri.


Jubah istadat kemahkotaan dikatakan masih tinggal sisa kuning cirit-birit.


Dari seorang kekasih, gundik dan seorang permaisuri nampaknya wanita bertekad untuk memiliki harta sepencarian dengan Raja Charles walaupun pada asasnya dia hanya menumpang tuah suaminya.

Pasangan itu kena berterima kasih kepada pindaan perlembagaan di Parlimen England yang membenarkan Charles kahwin sebagaimana yang dilakukan oleh datuknya, Raja William ke-6 yang menjadi duda untuk berkahwin lain demi mendapatkan anak lelaki. - KitaReporters


Dari moyangnya Alice Keppel yang menjadi gundik raja moyang kepada moyang suaminya, tradisi itu diteruskan oleh wanita ini sehingga bergelar permaisuri.


16
15
0
13
0

Copy Link: