Opah Ngomel| Mampukah legasi Diana diteruskan puteranya? Ketika keluarga diraja tak lagi dihormati!

Published by
KitaReporters

Such a touching moment to be at Kensington Palace in person today to see all the flowers and posters people leave every single year in honor of Diana.


KETIKA rakyat Malaysia raikan Hari Kemerdekaan ke-67 tahun pada 31 Ogos 2024, kita juga akan teringat kisah Puteri Wales, Lady Diana Frances Spencer, 63 tahun, yang ditimpa tragedi nahas jalan raya di Paris, Perancis yang mengakibatkan dia hilang nyawa selepas sebulan menyambut hari jadi pada 1 Julai 1977.

Ketika mati Diana yang berusia 36 tahun selepas kereta yang dia naiki bersama kekasihnya Dody Fayed terlanggar tiang di terowong ketika cuba melarikan diri daripada dikejar jurugambar paparazi. 

Istiada pengkebumian Diana disaksikan oleh hampir 1 billion. Legasi Diana kekal bertahun-tahun dan hampir setiap kali hari kematiannya tiba, orang mengingatkan akan kebaikannya sebagai wanita cekal dan tidak mudah ditutup mulut agar senyap. 

Itulah juga dilakukan oleh anak bongsunya, Harry bila bercerita kepada Oprah Winfrey bagaimana layanan ke atas isterinya yang hampir menjadikan "gila" dan mungkin senasib ibunya jika berlarutan.

Tindakan Diana bercerai pada pada 28 Ogos 1996 dan setahun selepas itu dia mati, Diana mungkin sudah kian dilupakan namun legasi sebagai ikon fesyen, puteri jelita yang melakukan banyak kerja kebajikan luar biasa dan wanita yang paling banyak dirakamkan gambarnya di dunia akan kekal sebagaimana cerita dongeng dalam buku cerita kanak-kanak - hikayat puteri raja yang disunting oleh sang putera.

Lahir dalam keluarga bangsawan yang bercerai berai, Diana adalah pilihan mendiang Ratu Elizabeth II sebagai bonda yang akan melahirkan pewaris takhta Putera William, 42, dan Putera Harry,39, namun dia bukan saja tidak dicintai Raja Charles yang memilih Camilla dan sanggup mengetepi kemahuan ibu bapanya.

Legend Diana tentang pembabitan dirinya dalam amal kebajikan yang membuka mata warga dunia tentang bahayanya jerangkap samar, 'Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit' (AIDS), kemiskinan dunia ketiga dan pada masa yang sama menjadi ikon kesayangan pereka fesyen yang menggunakan badannya yang sesaiz model dengan ketinggian dan langsing untuk memperagakan fesyen yang mewakili warga wanita dunia.


Princess Diana wearing pink


Diana sudah melengkapkan ciri rakyat jelata ke dalam dua anaknya dengan membawa mereka melawat geladangan, rumah anak-anak yatim, menikmati makanan segera dan bersiar-siar dengan pengangkutan biasa-biasa di kawasan orang awan. Orang masih menggelarkan Diana Puteri Rakyat

Ketika berkahwin lebih 800 juta warga dunia jadi saksi dan digelar perkahwinan "fairy tale -cerita dongeng" Cinderella disunting oleh sang putera yang diharap seperti kisah berakhir akan kekal bahagia selama-lamanya.

Selepas kematian Diana, Putera Philip, Ratu Elizabeth II, dan penganalisis menyifatkan keagungan empayar Great Britain yang menjajah lebih 100 negara komanwel akan berakhir pada era raja sekarang, Charles III. 

Malah ketika Britain kacau bilau dengan protes jalanan, kerabat diraja tidak bertitah apapun dan rakyat seolah-olah tidak lagi menghormati keluarga diraja dengan membuat momokan penghinaan. 

Rakyat tidak boleh memberontak untuk menghapuskan sistem diraja itu sebagaimana zaman silam tapi ada desakan agar Charles itu melepaskan takhtanya kepada anak sulungnya, Putera William. 

Selain Charles, tiga adik beradiknya yang lain termasuk Puteri Anne, Putera Andrew dan Putera Edward hanya membantunya bertugas sebagai kerabat diraja bekerja. 

Charles kini dilaporkan sedang menjalani barah prostat malah teman baik Diana yang juga bekas ibu saudara William-Harry juga disahkan barah kulit. Kini menantu Charles, Kate Middleton juga menjalani rawatan barah.

Keretakan hubungan dua beradik itu sejak 2016 bila William tidak suka Harry berkahwin dengan Meghan Meckle. Kemudian Harry meninggalkan Buckingham untuk bersama keluarganya di Amerika Syarikat pada 2020 ketika bapa mereka yang belum naik takhta, sudah sibuk mahu mengecilkan kerabat diraja bekerja dengan gaji dibayar oleh cukai rakyat. 



Dailymail.uk melaporkan apapun yang dilaporkan mengenai William-Harry, hubungan darah daging tidak boleh putus apabila dua beradik itu bertemu kali ketiga, di Snettisham, Norfolk untuk penghormatan kepada Lord Fellowes yang meninggal dunia pada 29 Julai 2024. Harry terbang senyap-senyap dari di Los Angeles ke United Kingdom.

Sebelum ini Harry bertemu abangnya ketika nenek mereka meninggal dunia dan hadir di istiadat pertabalan Charles. Walaupun bertemu di tempat sama tapi masing-masing menjauhkan diri. 

William terluka bila Harry membocorkan rahsia hitam kerabat diraja. Harry masih rapat dengan keluarga sebelah ibunya dan kini usaha untuk merapatkan mereka dilihat melalui kunjungan kedua-duanya melawat bapa saudara itu.

Lord Fellowes, 82,  berkahwin dengan salah seorang kakak Diana, Lady Jane Spencer yang juga bekas sekretari peribadi Ratu Elizabeth II, nenda mereka. 

Selamat Hari Merdeka semua. - KitaReporters


12
19
0
8
0

Copy Link: