Syabas Kuala Terengganu! Antara 10 Bandar Paling Bahagia di Malaysia! 20 Mac Hari Kebahagiaan Sedunia!
Published byjambatan Angkat Kuala Terengganu mercu tanda popular di Kual Terengganu
IBU negeri Terengganu, Kuala Terengganu diiktiraf dan tersenarai antara 10 Bandar Paling Bahagia di Malaysia pada tahun ini (2024).
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang berkongsi kegembiraan berkata ia susulan, kajian yang dilaksanakan daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (Plan Malaysia).
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Katanya, walau apapun kriteria yang dilihat dalam menentukan pencapaian ini namun beliau amat berharap agar rakyat Terengganu benar-benar merasa bertuah dan sejahtera berada di negeri ini.
Bandar lain yang turut tersenarai termasuklah Jeli, Jerantut, Cameron Highlands, Lenggong, Bandar Raya Melaka, Petaling Jaya, Port Dickson, Kulai dan Rompin sebagai bandar paling bahagia melalui Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2024 (Plan Malaysia).
“Selamat Hari Kebahagiaan Sedunia buat semua, kita sambut ia dengan rasa syukur kepada Ilahi yang melahirkan rasa tenang dalam diri kita,” katanya dalam hantaran dalam laman Facebook rasmi miliknya pada 20 Mac 2024
Menteri Bezar menzahirkan kegembiraan itu sempena sambutan Hari
Kebahagiaan Sedunia yang diraikan setiap tahun pada 20 Mac di seluruh dunia
sebagai pengiktirafan kepada hubung kait antara keseimbangan pembangunan
fizikal, sosial dan alam sekitar ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan penduduk
sejagat.
Di Malaysia, Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan disambut secara rasmi sejak tahun 2015. - KitaReporters
Antara lokasi yang membahagiakan pengunjung