COVID-19: ANGKA DIJANGKITI BERTAMBAH DI IRAN
Published byHAMPIR dua bulan penyakit Koronavirus-2019 atau COVID-19 ‘menggegarkan’ China dan beberapa negara di dunia lain seperti Malaysia sehingga mengorbankan ribuan nyawa. Terbaru, seorang pegawai lagi kanan kerajaan di Iran disahkan positif COVID-19 sehingga dikuarantinkan. : KitaReporters.com
DR.MASOUMEH EBTEKAR dikuarantinkan di rumah selepas mengalami simptom ringan COVID-19. - Foto Khaleej Times
Memetik laporan The New York Times, Timbalan Presiden Iran, Dr. Masoumeh Ebtekar pula disahkan positif dan kini dikuarantin di rumah.
Beliau bagaimanapun tidak dimasukkan ke hospital kerana mengalami simptom ringan COVID-19.
Ebtekar memegang portfolio Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, merupakan seorang daripada tujuh pegawai kerajaan yang disahkan positif COVID-19 yang membawa maut itu.
Sehingga
kini, Iran mencatat 26 kematian akibat penularan wabak tersebut.
Terdahulu, Timbalan
Menteri Kesihatan Iran, Iraj Harirchi dan seorang Ahli Parlimen, Mahmoud
Sadeghi telah disahkan positif COVID-19.
SEHINGGA kini Iran mencatat 26 kematian akibat penularan wabak tersebut.
Iran
merekodkan jumlah kes kematian COVID-19 tertinggi di luar China.
Setakat ini,
sekurang-kurangnya 26 orang meninggal dunia dan sebanyak 254 kes disahkan
positif COVID-19, termasuk 106 kes baharu.
Iran merekodkan jumlah kes kematian COVID-19 tertinggi di luar China.
Sementara itu, memetik Astro Awani, China mengumumkan 327 kes jangkitan COVID-19 baharu sehingga Jumaat, 28 Februari 2020.
Suruhanjaya Kesihatan Negara China berkata, jumlah tersebut menurun daripada 433 kes yang direkodkan pada hari sebelumnya.
Jumlah kes
terbaharu tersebut juga merupakan yang terendah sejak 23 Januari 2020 dan menjadikan
jumlah keseluruhan di China sebanyak 78,824.
Setakat ini, jumlah kematian yang direkodkan di China ialah 2,788. - KitaReporter.com
Laporan dan statistik terkini boleh diikuti di https://kitareporters.com/coronavirus