Celaka punya suami! Guna ular bunuh isteri! Paksa ular tedung patuk! Isteri diberi ubat tidur
Published byULAR tedung reptilia bisa yang boleh membunuh mangsanya hanya beberapa ketika selepas gigitannya. - Kredit foto: Getty Images.
SUNGGUH malang nasib seorang wanita. Dua kali dipatuk oleh ular berbisa. Kali pertama dipatuk ular kapak dia terselamat tetapi terlantar 52 hari di hospital menjalani rawatan dan melalui tiga pembedahan di kaki sebelum dibenarkan keluar untuk menjalani rawatan kendiri di rumah.
Ketika proses penyembuhan di rumah inilah Uthra, 25, dipatuk pula oleh ular tedung, patukan kedua hanya beberapa minggu selepas patukan pertama. Patukan kali kedua ini membawa maut.
Lebih menyedihkan ia kerana perbuatan suami, Suraj Kumar, 28, yang sengaja mahu membunuhnya.
Lagi cerita-cerita menakutkan berkaitan ular
SURAJ KUMAR dan Uthra ketika saat bahagia pada hari perkahwinan mereka. - Kredit foto: bbc.com
Memetik laporan BBC News, kejadian berlaku di Kerala, India, pada Mei 2020. Suraj Kumar, 28, ditangkap tidak lama selepas kematian isterinya. Hasil siasatan, dia dibicarakan atas tuduhan menyebabkan kematian Uthra.
Minggu lepas (13 Oktober 2021), mahkamah di Kerala mendapati dia
bersalah melepaskan ular tedung di dalam bilik ketika isteriya tidur. Dia dijatuhkan dengan hukuman penjara seumur hidup berganda atas kesalahan ‘menyuruh’ ular tedung mematuk
isterinya hingga mati.
Sebelumnya pendakwa raya meminta mhkamah mengenakan hukuman
mati. Namun penjara seumur hidup berganda adalah hukuman serius dan jarang
diputuskan oleh mahkamah India. Selain itu, Suraj diperintah membayar denda 500,000
rupees (RM28,000).
Polis juga berjaya menangkap Suresh Kumar, orang yang menjual ular kepada Suraj dengan harga 7,000 rupees (RM384).
Di India, jual beli ular tidak dibenarkan. Kerana itu Suraj membelinya secara rahsia daripada Suresh, seorang penangkap ular di selatan Kerala.
DI KATIL sebelah kiri inilah Uthra yang dipatuk ular tedung dilepaskan oleh suaminya, Suraj Kumar, ketika dia sedang tidur. - Kredit foto: Sreedhar Lal/bbc.com
Mengimbau kejadian, kematian Uthra mendatangkan syak kepada keluarganya kerana dia dalam proses penyembuhan selepas patukan ular kapak, kini dipatuk ular tedung pula. Mereka mengsyaki ada perbuatan jahat di sebalik kematiannya. Laporan polis dibuat.
Berikutan aduan ini, ditambah dengan maklumat daripada
keluarga Uthra bahawa Suraj sering menganggu mereka berhubung wang hantaran (dowry),
polis menahan dan menyoal siasat Suraj.
Siasatan polis mendapati Suraj bukan sahaja bertanggungjawab
dalam kejadian isterinya dipatuk ular tedung, tetapi juga bertanggungjawab di
atas patukan ular kapak sebelum itu. Jelas pembunuhan ini memang sudah
dirancang, mungkin ada kaitan dengan wang hantaran.
Bapa Suraj seorang penarik beca dan ibunya suri rumah. Keluarga
Uhtra lebih berada kerana bapaya adalah pedagang getah dan ibunya bekas
pengetua sekolah. Sebagai hantaran, Suraj memperoleh emas, kereta dan wang
tunai. Dia juga diberi bayaran bulanan menjaga isterinya.
Pada akhir April tahun lepas, selepas membeli ular tedung daripada Sureh, Suraj memasukkan ular itu ke dalam bekas plastik berlubang agar udara boleh masuk, dan membawanya balik ke rumah.
Bekas yang digunakan untuk menyimpan ular tedung. - Kredit foto: BBC.com
Dua minggu kemudian dia pergi ke rumah mertuanya yang
jaraknya 44 kilometer di mana isterinya berada ketika itu. Bekas plastik yang
mengandungi ular tedung itu dimasukkan ke dalam beg dan dibawa bersama.
Pada malam 6 Mei 2021, Suraj memberikan segelas air buah yang dicampur ubat tidur. Apabila Uthra tidak sedar akibat kesan ubat itu, Suraj melepaskan ular tedung sepanjang lima kaki itu ke atas badan isterinya.
Ular itu tidak mematuk Uthra tetapi melarikan diri. Suraj
menangkapnya dan melemparkan semula ke atas Uthra tetapi sekali lagi ular itu
lari. Akhirnya Suraj menangkap ular itu, memegang kepalanya dan menekan kepala
haiwan berbisa itu di lengan kiri Uthra. Kali ini ular yang sudah berang itu
menggigit Uthra dua kali.
Suraj kemudian membersihkan kesan minuman dan memadam rekod
telefonnya untuk membuang bahan bukti.
Pagi esoknya emak Uthra, Manimekhala Vijayan, masuk ke bilik
dan melihat mulut anaknya ternganga dengan sebelah tangannya tergayut di birai
katil. Suraj yang berada dalam bilik memberitahu kononnya isterinya tidur. Uthra
dikejarkan ke hospital. Bedah siasat menunjukkan kesan gigitan ular serta bisa
ular dan ubat tidur dalam tubuhnya.
Hasil siasatan, Suraj ditangkap pada 24 Mei 2020. Selepas proses siasatan selama hampir tiga bulan, Suraj dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menyebabkan kematian isteri.
Minggu lepas dia menerima hukuman atas kekejaman terhadap isterinya. - KitaReporters
Rumah di mana Suraj Kumar menggunakan ular tedung untuk membunuh isterinya, Uthra di daerah Kollam. - Kredit foto: BBC.com