MELIHAT video seorang anak muda menyepak seorang lelaki tua sangat menyentuh hati, apalah salah orang tua tersebut sehingga diperlakukan sedemikian.

Biarpun hanya seorang bapa tiri namun tidak sewajarnya tindakan tersebut diperlakukan.

Namun itulah realiti yang berlaku kepada sepasang warga emas di Yan, Kedah apabila disepak terajang oleh pemuda.

Video berdurasi 30 saat menjadi tular yang menunjukkan lelaki berusia 30-an memarahi ibu bapanya yang kelihatan sudah tidak berdaya tersembam di muka tanah memohon belas kasihannya. 


Lagi kisah-kisah jenayah berkaitan keganasan


Semuanya dipercayai berlaku kerana pemuda itu berang sebab tidak diikut kehendaknya menyediakan sedikit wang untuk membeli barang terlarang, dadah.

Akibatnya, lelaki terbabit yang dilaporkan tidak siuman menendang belakang bapanya dengan sekuat hati sebelum keluar dari rumah. 

Bagaimanapun tindakan kejam lelaki kurang ajar itu diketahui penduduk dan saudara mara yang tinggal berhampiran dengan kediaman mereka lalu memukul lelaki berkenaan sebagai tanda tidak setuju dengan tindakan yang dilakukan lelaki tersebut. 

Amik kau! Ha kan dah kena barulah buku bertemu ruas! Tadi masa buat tak ingat.



Namun seperti tidak rasa bersalah dengan perbuatan yang dilakukan, lelaki berkenaan hanya mengadu dan mengeluh sakit selepas dipukul oleh penduduk dan seolah-olah tidak bersalah dengan perbuatan yang dilakukan. Malah turut kedengaran untuk menghentikan orang ramai yang memukulnya.

Hanya muncul juga pada mulutunya untuk tidak melakukan lagi perbuatan tersebut kepada orang tua.

Bagaimanapun tidak sampai sehari, perbuatan yang dilakukan oleh lelaki dikesan oleh pihak polis selepas bapanya membuat laporan polis sekali gus, menyebabkan dia ditahan untuk siasatan lanjut.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji mengesahkan kejadian berkenaan berlaku dan hasil siasatan awal mendapati, kejadian dikatakan bermula di bahagian ruang tamu rumah.  

Bapa tiri lelaki berkenaan yang berusia 72 tahun telah membuat laporan polis dan warga emas itu mengalami bengkak pada bahagian telinga kiri akibat ditumbuk.

Suspek bagaimanapun berjaya diberkas di kawasan Lubuk Boi, Yan untuk siasatan lanjut.
Maklumat diperolehi mengesahkan suspek seorang pesakit mental dan merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU)

Suspek kini dimasukkan ke hospital kerana mengalami kesan luka pada bahagian muka kesan dipukul oleh penduduk kampung.

Semoga kejadian tersebut menjadi kejadian terkahir melibatkan penderaan warga emas.

Semuanya ini berlaku berpunca daripada pengambilan najis dadah, sekali gus menyebabkan otak sudah tidak waras untuk berfikir. - KitaReporters


20
11
0
13
2

Copy Link: