Video| Pasangan dipaksa kahwin selepas ditangkap bermesraan! Kemudian diserahkan ke balai polis
Published bySEPASANG kekasih yang didapati bermesraan di sebuah kedai kopi, ditangkap oleh sejumlah penduduk lalu dikahwin secara paksa mengikut adat setempat. Setelah itu dibawa ke balai polis untuk diselamat daripada tindakan liar sebahagian warga yang begitu marah dengan perbuatan maksiat yang dilaku.
Peristiwa ini terjadi di Kelurahan Kupang, Kecamatan Tapin Utara, Kabupaten Tapin, Kalimantan Selatan (Kalsel), pada malam Ahad 28 Februari 2021.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Indonesia:
https://kitareporters.com/search?search=Indonesia
Pasangan kekasih dikahwin secara paksa kerana melakukan maksiat.
Menurut laporan Tribune News, sepasang kekasih ini diberkas sedang bermesraan di sebuah kedai Nasi Goreng Gila kira-kira jam 5 petang waktu tempatan. Waktu itu sudah bermulanya malam di daerah itu.
Ketika diserbu, si wanita terbuka pakaiannya atau telanjang dada. Si wanita yang diberi nama RM berusia 22 tahun, sementara si lelaki diberi nama AH, seorang duda berusia 45 tahun.
Kedua-duanya diarak masyarakat menuju ke sebuah kereta MPV untuk dibawa ke sebuah tempatuntuk dinikahkan.
Menjadi peraturan masyarakat Tapin, sesiapa yang ditangkap bermesraan di tempat awam akan dikahwinkan secara paksa.
Mengikut saksi iaitu pemilik Kedai Nasi Goreng Gila, pasangan itu belum sempat melakukan hubungan intim ketika ditangkap.
Menurut tokoh masyarakat tempatan, Binu, sudah menjadi norma sosial sejak dulu, kesalahan begitu dihukum sedemikian.
“Kedua-duanya terus dinikahkan kerana melakukan perkara terlarang,” kata Binu. Setelah dinikahkan, pasangan berkenaan dihantar ke Balai Polis Polsek Tapin Utara.
Ia untuk menyelamatkan pasangan itu daripada dicedera oleh sebilangan penduduk yang geram akan perlakuan maksiat itu. - KitaReporters