TIDAK dinafikan masyarakat di negara kita sememangnya pemurah, dengar sahaja ada individu yang berdepan musibah termasuk pengemis, pasti berduyun-duyun yang menghulurkan bantuan. Namun jangan terkejut jika ada yang tergamak ‘menggunakan’ kebaikan masyarakat kita demi kepentingan peribadi. : KitaReporters


PERKONGSIAN daripada Kai Auburn mengenai seorang wanita yang dipercayai cuba menipu dengan cara meminta sumbangan orang ramai. - Kredit foto: FB Kai Auburn. 


Lagi cerita-cerita berkaitan penipuan:

https://kitareporters.com/search?search=penipuan


Baru-baru tular dalam media sosial seorang pengguna Facebook Kai Auburn membongkar kisah seorang wanita yang tergamak merintih sambil meminta-minta secara terbuka dalam laman sosial.


LAPORAN polis yang dibuat bagi mengelak lebih ramai yang terpengaruh dengan penipuan yang dilakukan.


Malah operasi meminta sumbangan itu dilakukan sejak beberapa bulan lalu. Lebih menyedihkan dia menjadikan masalah kesihatan yang pernah dialami sebagai senjata untuk dia meminta-minta

Alahai…sampai gitu sekali.

Kongsi Kai Auburn, wanita berkenaan sememangnya pernah menjalani rawatan kanser, namun semua rawatan yang diterima adalah hasil subsidi, namun dia memutar belit semua itu.

Wanita itu kini rancak ‘menjual’ kesakitan yang pernah dilalui sebagai senjata untuk meminta-minta ala pengemis di jalanan.


AKHIRNYA mengaku juga hasil sumbangan yang digunakan untuk kepentingan peribadi.


Dengan menggunakan koleksi gambar ketika sakit, dia dengan senang 'menjual' kesakitan demi meminta sumbangan.

Sampai gitu sekali jual diri ye kak? Manalah nilai dirimu?


TANPA Segan silu...selamba meminta sumbangan demi kepentingan peribadi.


Terdahulu, wanita yang dipercayai berasal dari Muar Johor itu juga dikatakan pernah memperdayakan orang ramai dengan meminta sumbangan untuk membuat tapak bagi kimoterapi sebanyak RM2,800 hakikatnya dia mendapat rawatan itu secara percuma.

Allahu…dalam sakit-sakit pun boleh menipu ke?



Lebih mengejutkan dia dengan selamba memuat naik keinginan dirinya jika mahukan sesuatu.

Beberapa keinginan diri termasuklah mengadakan majlis hari jadi untuk anaknya dan keinginan untuk berbuka puasa di tempat mewah juga turut dimuat naik di laman sosial.

Yang lebih mengejutkan setiap kali meminta sumbangan pasti diakhiri dengan nombor akaunnya.

Heran jugak ye… tapi ramai pulak yang melayan permintaan itu.

Lebih mengejutkan, hasil sumbangan orang ramai wanita berkenaan dikatakan boleh hidup mewah dan digunakan untuk majlis perkahwinan anak perempuannya. 


SELEPAS dihidu akhirnya mengaku dengan tindakan yang dilakukan selama ini.


Walaupun telah telah berkali-kali ditegur namun wanita berkenaan tetap meneruskan usahanya memperdayakan orang ramai.

Kai Auburn memberitahu, kini satu laporan polis telah dibuat ke atas wanita berkenaan berikutan penyalahgunaan dilakukan.

Semoga dengan laporan berkenaan, aktiviti yang dilakukan wanita itu dapat dihentikan.

Sebagai orang awam hati-hatilah sebelum bersedekah sememangnya amalan berkenaan disukai Allah tapi jangan pula ada yang menangguk di air yang keruh.

Ingatlah setiap perbuatan kita akan dihitung oleh-Nya di sana nanti, janganlah kita bukan sekadar miskin di dunia tetapi di sana juga masih merempat. - KitaReporters

6
2
0
0
13

Copy Link: