Video| Ingkar SOP! Anak tak 'lekat' di rumah! Potong rambut anak separa botak! Sebagai denda!

Published by
KitaReporters

SELESAI... gaya separa botak dipilih sebagai denda kepada remaja yang sering melepak bersama rakan-rakanya. - Kredit mothership.sg


SEJAK penularan Covid-19 di muka bumi, semua aktiviti di luar dihadkan dan semua dikehendaki kekal duduk di rumah bagi memutuskan rantaian wabak berkenaan.

Namun ada juga anak muda yang tidak faham dengan implikasi tindakan kerajaan yang mewajibkan semua kekal di rumah sepanjang masa.

Di Taiwan seorang ibu dari wilayah Kaohsiung membawa anak remaja lelakinya berusia 15 tahun ke salun rambut berikutan terlalu berang dengan anak yang sering keluar rumah dan melepak bersama rakan-rakan, sekali gus mengingkari pematuhan SOP.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Taiwan

SEBELUM dipotong kelihatan segak dan bergaya, namun akibat ibunya terlalu geram kerana tidak mendengar nasihatnya.


Walaupun berkali-kali memberi nasihat kepada anak lelakinya itu, anak tersebut berkeras mahu keluar dan melepak bersama rakan-rakan sebayanya.

Sebagai helah, ibu remaja berkenaan berbincang bersama tukang gunting rambut, Huang Ling Xiang untuk memotong rambut dengan gaya yang ‘luar biasa’.

Ibu remaja berkenaan dikatakan berpakat dngan pemilik salun berkenaan bagi memberi pengajaran kepada anaknya kerana sering keluar rumah dan tidak mematuhi SOP.

Pada awalnya, pemilik salun itu, Huang Ling Xiang memberi idea supaya mencorakkan perkataan ‘Covid-19” di kepala namun ditolak wanita berkenaan. Mereka kemudian bersepakat untuk mencukur bahagian atas kepala remaja itu yang kelihatan seperti lelaki tua yang separa botak.



Menerusi portal eranews.com.tw menunjukkan Ling Xiang sedang memotong rambut seorang remaja lelaki dengan gaya yang lain daripada biasa.

Alamak… Lebih melucukan lagi, sebaik sahaja selesai, remaja lelakinya terkejut dan sangat marah selepas rambutnya dipotong gaya seperti warga emas.

Tulah… tak dengar nasihat orang tua lagi…kan dah kena! 

Remaja itu tidak menyangka ibunya sanggup berbuat demikian kepadanya. Malah remaja menyatakan kekesalan sambil berjanji untuk tidak keluar rumah kerana malu akan gaya rambut baharunya.

“Saya tidak mahu keluar lagi,” kata anak lelakinya.

Bernas juga idea si ibu jika tidak bertegas pasti anaknya tidak ‘melekat’ di rumah dan ada sahaja aktiviti di luar.

Bolehkah kisah ini dijadikan iktibar kita semua di sini? 

Bolehkah ditiru jika ada individu-individu (bukan sahaja anak-anak) yang tidak mahu lekat di rumah dan berdegil keluar rumah termasuk pergi membeli belah? - KitaReporters


IBUNYA bertindak sedemikian kerana bimbang anaknya dijangkiti covid-19 memandangkan kes di Taiwan sangat tinggi.

 

0
1
0
2
0

Copy Link: