'Duda pujaan Malaya' Shuib ada tugas 'berat' untuk mencari isteri baharu.


SELEPAS lima bulan, Shuib Sepahtu dikatakan telah mendapat restu ibunya untuk mencari calon suri hidupnya yang baharu selepas pemergian isterinya, Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia akibat COVID-19 pada 9 Ogos 2021 selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan yang kini berusia 5 bulan.

Ibunya, Salamiah Jalani melalui dalam satu petikan yang dimuat naik dalam TikTok, dikatakan sudah memberi restu kepada Shuib untuk mencari isteri walaupun keputusan itu dianggap sebagai tindakan 'tergesa-gesa' oleh peminat bekas juara Maharaja Lawak dan penyanyi kesayangan negara itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Shuib Sepahtu


Shuib dan ibunya. - Kredit foto: IG @shuibsepahtu



Syariahhsabri dalam TikTok memetik ucapan seorang pendakwah yang memuji tindakan ibu Shuib kerana memberi restu demi memikirkan kebahagian anak dan cucunya

Ia bukanlah berkenaan siapa yang layak menggantikan Siti Sarah tetapi lebih kepada wanita yang bersedia dan sudi menerima anak-anak pasangan itu.

"Malah betapa hebatnya seorang lelaki ini tidak mahu memikirkan kepentingan dirinya kerana soal rumah tangga bukanlah tentang penyatuan suami isteri tetapi kebahagiaan yang membabitkan ramai orang dengan cara merapatkan anak-anak dan hubungan kekeluargaan yang besar," katanya.



Sementara itu, Shuib atau Shamira Muhamad, 37 tahun yang dipetik perbualannya dalam TikTok mengesahkan sudah ada 'kawan-kawan biasa' tetapi tidak begitu serius sangat.  Cuma kenal begitu saja. 

Sebab setakat ini dia tidak melihat isu mendapatkan isteri 'baharu' itu satu perkara yang utama apabila memikirkan kesan 'berat' yang bakal ditempuhi diri dan pasangan baharunya itu nanti

Shuib berkata bagi mereka yang hendak mengenalinya boleh tetapi kali ini keadaannya lebih berbeza kerana dia bukan lagi bujang tetapi duda anak empat dan paling ditakutinya, adalah jangkaan orang ramai terhadap dirinya serta perbandingan jika ada wanita baharu dengan arwah Siti Sarah.



Pasangan itu mempunyai tiga anak lelaki dan seorang perempuan, Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; Ariq Matin, 6; dan Ayash Affan, 5 bulan. Siti Sarah meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2021. 

Shuib berkata arwah isterinya adalah insan yang paling istimewa dalam hidupnya dan meletakkan tahap Siti Sarah dalam kelas tersendiri dan paling 'best'. Ini kerana pemergiannya adalah luar biasa menyebabkan orang ramai menjadikan kematiannya sebagai sesuatu inspirasi yang baik.

Sehubungan itu, Shuib tidak mahu 'orang baharu' dalam hidupnya nanti perlulah dibandingkan kerana alam perkahwinan kali kedua itu nanti seumpama membuka 'buku dengan bab kisah hidup yang baharu'.



"Saya bukan muda lagi dan bujang. Tidak semudah dulu, ringkas saja. Saya kini bapa dan duda anak empat. Jadi apa keputusan saja kali ini mudah saja. Kalau berjumpa yang sesuai, saya teruskan saja dan jika tidak saya 'gerak' dululah. Saya kena berterus terang kerana bila sudah matang begini, kena buat keputusan segera dan tepat. 

"Saya sudah berusia 37 tahun dan melalui banyak fasal kehidupan yang pelbagai ragam. Jadi pilihan saya mudah saja. Kalau nak dekati boleh. Tapi jika ada niat ke arah benda-benda yang lain, rasanya tak payahlah." katanya.

Lagipun katanya, calon pasangannnya akan melalui banyak perkara daripada mengambil hati anak-anaknya, keluarganya, ibu bapanya dan dirinya. 

Walaupun rumit, Shuib tidaklah berharap sangat tetapi perkara yang diungkitkan itu menjadi keutamaan pada calon itu sebelum boleh menjadi isterinya. - KitaReporters


11
5
0
15
0

Copy Link: