Pasukan BK Circle - Cuckoo! Usahawan muda santuni petugas barisan hadapan dalam CSRRoadblock
Published byPoster Program CSRRoadblock yang dianjurkan.
SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan, rentas negeri adalah tidak dibenarkan kecuali dengan mendapat kebenaran pihak berkuasa.
Oleh itu, terdapat sekatan jalan raya (SJR) dilakukan dan ia menjadi sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Anggota polis dan tentera bersama-sama menjaga pintu masuk negeri dan di beberapa tempat untuk memastikan semua SOP dipatuhi.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan SJR:
https://kitareporters.com/search?search=SJR
Makanan dan minuman diagihkan untuk petugas barisan hadapan.
Sehubungan itu, sekumpulan usahawan muda menjalankan program khidmat komuniti atau tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyantuni anggota barisan hadapan ini yang bertugas menjaga keselamatan orang ramai.
Objektif penganjuran CSRRoadblock ini adalah salah satu inisiatif atau cara bagaimana untuk menghargai anggota yang bertugas di SRJ demi menjaga keselamatan orang awam dalam memerangi Covid-19 ini.
Selain itu juga ia mungkin boleh menjadi pemangkin serta semangat kepada barisan hadapan dan ia juga sebagai tanda terima kasih dan penghargaan.
Pasukan BK Circle bersedia untuk memulakan program CSRRoadblock dengan pematuhan SOP.
Seramai 18 orang yang terdiri daripada usahawan produk Cuckoo dari Pasukan BK Circle bersama-sama menjayakan program CSRRoadblock ini.
Melalui program CSRRoadblock ini mereka menyampaikan sedikit kudapan seperti air minuman dan burger. Sebanyak 420 biji burger, 2,016 botol dan tin minuman diedarkan ke 21 SJR di sekitar Lembah Klang.
Burger untuk diagihkan sebanyak 420 biji.
Sebanyak 2,016 minuman siap untuk diagihkan di SJR yang telah dikenal pasti.
Pasukan ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan masing-masing akan bergerak ke SJR yang telah ditetapkan.
Menurut ketua pasukan BK Circle Khairul Azmi Razali, program seumpama ini ialah kali ke-7 diadakan dan kali ini kami menghargai pasukan barisan hadapan.
Muhamad Najmeen Mohd Nasir (kiri) dan Khairul Azmi Razali (kanan) bersama dengan pasukan untuk program CSR.
Kerja agihan dilakukan.
"Ini adalah program khidmat komuniti ke-7 yang dianjurkan oleh Pasukan Cuckoo BK Circle. Sebelum ini kami banyak memberikan infak atau bantuan di rumah-rumah dan pertubuhan anak yatim dan sumbangan berupa barangan dapur dan makanan, "katanya.
Apa yang menariknya ialah dana yang digunakan adalah hasil komisen yang mereka dapat melalui jualan produk dan ia juga membawa kepada konsep bersedekah.
Salah seorang sukarelawan mengedarkan sumbangan.
Menurut salah seorang rakan sepasukan, Muhamad Najmeen Mohd Nasir, "sumbangan ini ialah hasil komisen jualan yang kami dalam pasukan ini kumpul menjadi dana, dalam masa yang sama juga para pelanggan kami juga turut sama sedikit sebanyak terima pahala kerana mempercayai pasukan kami dalam berurus niaga.
"Setinggi terima kasih kepada semua pelanggan yang berurusan dengan pasukan BK Circle."
"Apa yang diharapkan agar rezeki yang diterima dapat dikongsi bersama dan dapat meringankan beban mereka yang memerlukan dan ia dapat dijadikan asbab dalam kemurahan dan limpahan rezeki," tambahnya.
Program CSRRoadblock yang dijalankan ini mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). - KitaReporters
Agihan kepada petugas di SJR yang dikenal pasti.