HANYA lambaian tangan mengiringi suasana kesedihan yang mampu dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa serta ahli keluarga suspek, yang terbabit dengan kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, apabila pelajar Tingkatan Enam itu dibawa ke kenderaan polis di Mahkamah Majistret Marang, Terengganu kira-kira 10.30 pagi tadi, Isnin, 16 November 2020. : KitaReporters



SITI Nur Athirah Azmi dibawa ke Mahkamah Majistret Marang, Terengganu untuk didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kira-kira pukul 10 pagi tadi, 16 November 2020. - Kredit foto: Harian Metro


Lagi kisah-kisah berkaitan Siti Nur Surya Ismail:

https://kitareporters.com/search?search=Siti+Nur+Surya


Ini kerana kedua-dua ibu bapa tertuduh tidak mampu berbuat apa-apa sebaliknya hanya dapat melihat anak mereka, Siti Nur Athirah Azmi, 19,  dari jauh yang sedang dibawa oleh anggota polis.

Tertuduh terbabit dibawa oleh anggota polis sebaik sahaja kes pembunuhan tersebut selesai dibaca di hadapan majistret mahkamah, Engku Nur Ain Engku Muda pada pagi tadi, Isnin, 16 November 2020, yang akan mendakwa pelajar itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.


Kredit foto: FB FreeMalaysiaToday


Dalam kes berkenaan selanjutnya, tertuduh akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Berang, Hulu Terengganu pada  10 Januari 2021 dan tiada sebarang jaminan yang ditawarkan terhadap tertuduh.

Pendakwaan kes tersebut dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah ke atas pelajar yang memakai baju lokap berwarna ungu kira-kira pukul 10 pagi di Mahkamah Majistret Marang, manakala tertuduh pula diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Malaysia, Mazlan Md Zain


ALLAHYARHAM SITI NUR SURYA ISMAIL


Mengikut pertuduhan itu, Siti Nur Athirah didakwa membunuh rakannya, Siti Nur Surya di sebuah rumah di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu sekitar pukul 8.30 pagi hingga 9.30 pagi pada 1 November 2020 lalu.

Sebelum itu, media melaporkan mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap serta terdapat beberapa kesan tikaman di tubuhnya oleh adiknya Siti Nur Syuhada yang baru pulang dari sekolah kira-kira pukul 2.30 petang. 

Tertuduh ditahan polis berdasarkan rakaman CCTV di sebuah rumah burung yang terletak tidak jauh dari rumah mangsa yang menunjukan pelajar itu pergi ke rumah mangsa pada hari kejadian tersebut.


 


Berikutan dengan kejadian itu, Siti Nur Athirah ditahan reman selama seminggu pada 3 November 2020 oleh Mahkamah Majistret Marang kemudian tahanan reman disambung lagi ke atas pelajar terbabit selama tujuh hari pada 9 November 2020. - KitaReporters

0
1
9
3
1

Copy Link: