Kontroversi! Gadis, 13, dipaksa kahwin petani, 48, 4 isteri!
Published bySATU perkahwinan sensasi dan kontroversi terjadi di Filipina iaitu di daerah Mamasapano, wilayah Maguindanao. Seorang gadis awal remaja yang baru berusia 13 tahun dikahwinkan secara paksa dengan seorang petani berusia 48 tahun dikenali sebagai, Abdulrzak Ampatuan. : KitaReporters
Perkahwinan antara Abdulrzak Ampatuan dan gadis 13 tahun tetap berlangsung walaupun mendapat bantahan isteri-isteri dan anak-anak Abdulrzak. - Kredit foto: viralpress
Ini bermakna beza umur antara gadis itu dan suaminya adalah 35 tahun. Dan dia sebaya dengan salah seorang anak gadis
Abdulrazak yang sudah mempunyai empat isteri.
Abdulrzak pula tetap ingin mengahwini kanak-kanak tu sebagai isteri kelimanya, sedangkan Islam hanya membenarkan pernikahan empat isteri yang masih hidup.
Menurut laporan Mirror.uk.com, majlis perkahwinan berlangsung pada 22 Oktober 2020, namun baru sekarang berita dan fotonya diedarkan.
Perkahwinan itu dibantah oleh isteri-isteri dan anak-anak Abdulrzak dan sejumlah penduduk, namun perkahwinan kontoversi ini tetap berlangsung.
Menurut Abdulrzak dia tidak akan menganggu kehidupan gadis itu dan terus membenarkan dia bersekolah menengah walaupun sudah berkahwin.
Walaupun hanya menjadi petani, namun Abdulrzak yakin mampu menghidupkan keluarga dan menambah isteri dan anak.
Abdulrazak berkata dia berharap dapat memperoleh cahaya mata dengan gadis itu apabila isterinya itu sudah berusia 20 tahun.
Hukum Islam yang tidak begitu dipandang penting di negara bermajoriti Katolik itu yang membolehkan perkahwinan bawah umur dijalankan.
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mendakwa data menunjukkan Filipina adalah negara ke-12 di dunia yang mempunyai perkahwinan bawah umur terbanyak.
Setakat ini, dicatat sebanyak 726,000 perkahwinan dengan gadis bawah umur berlangsung di negara itu. - KitaReporters