KEADAAN huru-hara di stesen kereta api bawah tanah di Jepun berikutan seorang lelaki yang menggayakan kostum mengamuk. - Kredit BBC


KETERUJAAN pengguna kereta api bawah tanah di Jepun melihat seorang lelaki yang menggayakan kostum ala Joker bertukar menjadi malapetaka apabila lelaki berkenaan yang bersejata sebilah pisau mengamuk secara tiba-tiba.

Lebih mengejutkan lelaki yang berusia 24 tahun itu telah menyebabkan kecederaan kepada 17 penumpang dalam kejadian di laluan ekspres Keio menuju ke Shinjuku, stesen kereta api bawah tanah paling sibuk di dunia pada Ahad, 31 Oktober 2021 lalu.

Malah seorang lelaki  dipercayai berusia 60-an dilaporkan tidak sedarkan diri dan kritikal selepas ditikam tanpa sebab oleh lelaki berkenaan.


Lagi kisah menarik berkaitan kejadian amuk


Penumpang berlari menyelamatkan diri melalui tingkap kereta api selepas keadaan bertukar menjadi cemas berikutan kejadian amukan .


Saksi memberitahu, terdahulu, suspek mencurahkan cecair menyerupai minyak di sekitar kereta api sebelum memulakan kebakaran.

Dia yang bersendirian kelihatan bersahaja menghunus pisau ke arah penumpang menyebabkan keadaan bertukar cemas dan huru-hara.



Suspek yang berusia 24 tahun kelihatan bersahaja sebelum bertindak ganas dengan mengeluarkan sebilah pisau menyebabkan beberapa cedera.


Keadaan itu menyebabkan suasana panik berlaku laluan berkenaan menyebabkan penumpang bergegas keluar dari tingkap kereta api dan menuju ke platform kereta api berkenaan. 

Satu video yang dimuat naik dalam Twitter menunjukkan orang awam melarikan diri dari kereta api sebelum kebakaran tercetus.

Dalam kejadian yang berlaku pada 8 malam itu, suspek menggunakan sebilah pisau ketika mengamuk.


Keadaan yang tenang sebelum kejadian amukan oleh seorang lelaki yang menggayakan kostum Joker.


Bagaimanapun sejurus keadaan panik, polis berjaya menahan suspek penyerang di tempat kejadian, lapor media.

Malah suspek mengaku mahu membunuh semua pengguna di laluan kereta api paling sibuk itu kerana mahu ditahan polis dan bersedia dijatuhkan hukuman mati



Mungkin dia sedang berdepan masalah sehingga sanggup mengamuk sedemikian. Pelik juga sanggup bunuh orang kerana mahu dijatuhi hukuman mati.

Alahai manusia! setiap masalah pasti ada jalan keluar, jangan bertindak di luar kewarasan!

Malah ketika disoal siasat suspek itu mengaku dia meminati filem Batman menyebabkan dia memilih menggayakan kostum sebagai Joker ketika hari dia mengamuk.

Bukan sekadar itu, dia juga telah merancang untuk melakukan kejadian jenayah itu sejak beberapa bulan lalu, namun memilih 31 Oktober 2021 lalu sebagai hari 'penuh sejarah' kepadanya untuk ditahan polis.

Macam-macam kan manusia nih.... - KitaReporters


Suspek kelihatan tenang dalam keadaan tren yang sesak sebelum bertindak ganas ketika orang ramai sedang memenuhi kereta pai di stesen kereta api bawah tanah.

14
26
0
24
0

Copy Link: