Video| Terkejut! Lafaz ijab kabul bahasa Inggeris! Tapi lelaki warga asing jawab bahasa Indonesia!
Published byUPACARA akad nikah dilakukan antara lelaki warga asing dengan wanita dari Sulawesi, baru-baru ini. - Kredit foto: IndonesiaToday
BARU-BARU ini, viral video seorang jurunikah ataupun penghulu yang terkejut ketika melafazkan akad nikah kepada pengantin lelaki warga asing dengan menggunakan bahasa Inggeris tetapi dijawabnya dalam bahasa Indonesia.
Kejadian yang melucukan itu dimuat naik melalui akaun Instagram @viral_berita yang memperlihatkan seorang lelaki Inggeris menikah seorang wanita berasal dari Sulawesi, Indonesia.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis akad nikah
“Video seorang lelaki Inggeris nikahi gadis Sulawesi,” tajuk hantaran Instagram @viral_berita pada 7 Februari 2022 itu.
Viral jurunikah menikahkan lelaki warga asing itu guna bahasa Inggeris tetapi lelaki terbabit dengan selamba menjawab dalam bahasa Indonesia.
Memetik laporan IndonesiaToday.co.id pada 18 Februari 2022 menyatakan ketika jurunikah memegang tangan pengantin lelaki, pengantin wanita memberi kipas angin mini kepada lelaki itu agar tidak merasa kepanasan dalam situasi itu yang dihadiri ramai tetamu undangan serta ahli keluarga pengantin wanita.
Kredit foto : Dream.co.id
Sewaktu jurunikah menyebutkan mas kahwin dan lafaz ijab kabul dengan bahasa Inggeris, pengantin lelaki terbabit dengan selamba dan tersenyum menjawab dalam bahasa Indonesia.
“Saya terima,” jawab lelaki warga asing dengan baik dan fasih.
Sebaik sahaja ucapan tersebut dilafazkan, para tetamu yang hadir di majlis pernikahan itu turut tertawa dan ada dalam kalangan mereka yang terkejut dengan jawapan yang diucapkan oleh lelaki berkenaan.
Manakala pengantin wanita yang berada di sebelah lelaki itu juga tersenyum-senyum sambil malu.
Kredit foto : Detik.com
Sebelum itu, jurunikah terbabit fikir pengantin lelaki warga asing itu tidak dapat memahami atau tidak boleh menjawab sekiranya dia melafazkan upacara akad nikah itu di dalam bahasa Indonesia sebagaimana yang selalu dilakukan terhadap pasangan pengantin lain yang bernikah.
Namun, alangkah terkejut penghulu atau jurunikah berkenaan termasuk para tetamu yang hadir, apabila dengan selambanya dan tersenyum lelaki itu menjawab, "saya terima" dalam bahasa Indonesia semasa ijab kabul dilakukan.
“Kalau aku tahu macam ini, baik aku pakai bahasa Indonesia ketika melafaz akad nikah tadi,” kata jurunikah itu dengan ketawa. - KitaReporters
Kredit foto : Mindafilm.com