Allahyarhamah Marlia Abdul Muid (kiri) bersama pasangannya Hisham Syg (tengah) semasa menjadi juruacara pada satu majlis keramaian di daerah Kuala Langat. - Kredit foto: Hisham Syg dan Pemuda UMNO Kuala Langat, Selangor.


SUDAH tiada lagi celoteh, tutur kata indah yang menarik serta kelibat seorang juruacara berbakat pada majlis-majlis tertentu khususnya majlis keramaian di daerah Kuala Langat, Selangor selepas ini.

Beliau yang dimaksudkan ialah Marlia Abdul Muid, 36, merupakan antara salah seorang yang berbakat sebagai juruacara majlis. Dengan kepetahan dan tutur kata menarik, wanita ini sering diundang menjadi juruacara sama ada secara solo atau berpasangan pada majlis-majlis tertentu di sekitar daerah Kuala Langat.


Lagi cerita-cerita sentuh jiwa berkaitan kematian


Bagaimanapun Marlia telah tiada kerana dipanggil mengadap Pencipta-Nya dalam satu kemalangan jalan raya semasa perjalanan pulang ke kediamannya di Morib selepas menghadiri majlis perkahwinan adiknya di Kota Bharu, Kelantan pada awal pagi Isnin, 29 Mac 2021.

Dalam kejadian tersebut, beliau bersama anak dan kakaknya meninggal dunia di tempat kejadian kecuali anak saudaranya meninggal di Hospital Bentong setelah kereta Myvi yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler membawa muatan kereta di Kilometer 4, Jalan Bentong - Raub kira-kira jam 4.00 pagi.

Ketiadaan Marlia sedikit sebanyak turut terkesan dalam aktiviti pengacaraan khususnya dalam kalangan rakan-rakan beliau di daerah Kuala langat.


Allahyarhamah Maria merupakan antara salah seorang juruacara berbakat di daerah Kuala Langat, Selangor.


Malahan bagi Hisham Syg merupakan rakan pasangan yang selalu bergandingan bersama Marlia sebagai pengacara melalui coretan yang dimuat naik dalam laman sosial FB miliknya pada Isnin, 29 Mac 2021 menyatakan, kenangan dan pengalaman berpasangan bersama dengannya mengendalikan banyak acara rasmi merupakan suatu kenangan yang tidak akan dilupakan.

"Ketika kau mengaji dan menyanyi, abang akui suaramu memang sedap didengar, anugerah Allah untukmu," ujarnya.

Katanya, bersama pemergianmu dengan ditemani anakanda, kakak dan anak buahmu sewaktu kemalangan dalam perjalanan pulang. Syukor alhamdulillah semua mendoakanmu sahabat," luah Hisham.


Beginilah keadaan kereta Myvi yang mengorbankan Allahyarhamah Marlia bersama anak, kakak dan anak saudaranya di Kilometer 4 Jalan Bentong - Raub pada awal pagi.


Sementara itu, Nor Khafizah dari Masjid Jamek Jamaiyah, Morib, Kuala Langat yang merupakan rakan kepada ibu Marlia, Zabaidah Talib berharap sahabatnya tabah dengan pemergian dua orang anak dan dua orang cucunya. Al-Fatihah semoga roh mereka tenang di sana.

Dalam pada itu, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat mengucapkan takziah kepada Zabaidah selaku Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat yang diuji dengan kehilangan dua orang anak dan dua cucu yang terlibat dalam kemalangan di Bentong, Pahang. 

" Ya Allah, ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkan dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berikanlah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman. Al-Fatihah," kata Shahril Hamdan yang mewakili Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat.


Anggota Bomba dan Penyelamat Daerah Bentong berusaha mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya antara Myvi dengan sebuah treler membawa muatan kereta di Kilometer 4, Jalan Bentong - Raub yang mengorbankan empat orang sekeluarga. 


Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaihan Mohd Kahar, kejadian yang berlaku pada awal pagi itu apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu Marliana (kakak Marlia) dalam perjalanan dari Kelantan balik ke Selangor bila sampai di lokasi kejadian telah masuk kelaluan bertentangan untuk memotong sebuah kenderaan lain, namun gagal dan bertembung dengan sebuah treler dari arah bertentangan.

Berikutan kejadian itu, semua yang ada dalam Myvi terbunuh ditempat kejadian kerana tersepit kecuali seorang anak saudara Marlia iaitu anak kepada kakaknya, Muhammad Faizz Aryan Mohd Faizuddin, 9, dan dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan bagaimanapun meninggal kemudiannya. Mereka yang terbunuh Marliana Abdul Muid, 37, (kakak); Marlia, 36, dan anak Marlia, Muhammad Aisy Harraz Aziz, 7.

Semua mangsa kemalangan dibawa balik ke Morib dan dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Morib, Kuala Langat pada sebelah petang hari kejadian. - KitaReporters


Semua mangsa kemalangan jalan raya di Kilometer 4, Jalan Bentong - Raub di Pahang yang meninggal dunia dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Morib, Kuala Langat pada sebelah petang hari kejadian 29 Mac 2021.


 

Sebahagian orang ramai dan penduduk setempat yang menghadiri pengebumian empat sekeluarga yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 4 Jalan Bentong - Raub, Pahang di Tanah Perkuburan Islam, Morib, Kuala Langat.

3
3
18
4
4

Copy Link: