Tok Ngah Mad berumur 111 tahun merupakan warga tertua di Kampung Lubuk Meriam, Tasik Gelugor, Seberang Perai, Pulau Pinang. - Kredit foto-foto: Video Ustaz Abdullah Khairi.


SEKALIPUN usianya sudah agak lanjut tetapi warga emas yang sentiasa mengamalkan sikap tidak bersangka buruk terhadap seseorang dalam kehidupan hariannya terus gigih berusaha dengan berdikari menoreh getah di kebun miliknya

Malahan dalam pada itu, dirinya terus terhindar daripada sebarang penyakit kronik kecuali penglihatan yang sedikit kabur.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Ngah Mad dalam kalangan ahli keluarga kini berumur 111 tahun dan dikatakan warga tertua di Kampung Lubuk Meriam, Tasek Gelugor, Seberang Perai, Pulau Pinang.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan warga emas

https://kitareporters.com/search?search=warga+emas



Namun dalam umurnya yang selanjut itu, beliau tetap gigih berdikari melakukan kerja-kerja menoreh getah di kawasan kebun getah miliknya yang terletak berhampiran rumah.

Selain itu, pada sebelah petangnya, lelaki yang tidak biasa duduk diam itu akan melakukan kerja-kerja menyapu sampah sekitar halaman rumah, menurut video yang dinaik muat oleh Ustaz Abdullah Khairi dalam akaun FBnya.

Persoalan apakah beliau merupakan orang yang tertua di Pulau Pinang atau di negara ini sekarang tidak dapat dipastikan kerana tiada data-data mengenainya. 

Bagaimanapun adalah jelas beliau merupakan individu tertua di Kampung Lubuk Meriam, Tasek Gelugor setakat ini.


Walaupun usia lanjut Tok Ngah Mad gigih berdikari menoreh getah di kebun miliknya yang terletak berhampiran rumah .


https://www.facebook.com/ustazabdullahkhairipage/videos/260889328942832


Tok Ngah Mad, yang mempunyai empat orang anak dan pernah berkhidmat dengan Tentera Udara Britisah serta turut dihantar bertugas di Hong Kong, mempraktikkan kehidupan yang cergas dan positif untuk menjadikan diri sentiasa bertenaga serta sihat sekalipun dalam usia sudah agak lanjut.

Sehingga ini beliau tidak ada menghidap penyakit kronik yang serius kecuali ada ketikanya penglihatan agak sedikit kabur tetapi masih mampu melakukan kerja-kerja harian termasuk menoreh getah dan menyapu sampah atau kerja-kerja ringan lainnya.

Malahan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri itu beliau tidak membazirkan masa duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa kerja selain meneruskan rutin harian menoreh getah di kebunya yang terletak berhampiran rumah.

Malahan melalui video secara live yang dipaparkan pada Isnin 8 Mac 2021, warga lanjut usia ini menjelaskan untuk sentiasa sihat seseorang perlu ceria, gembira dan melakukan kerja-kerja harian bersesuaian.

Juga, katanya, dalam kehidupan harian jangan bersikap sombong dan tidak perlu iri hati atau menyimpan perasaan tidak senang terhadap orang lain.


Untuk menjaga kecerdasan fizikalnya supaya sentiasa sihat selain makanan,Tok Ngah Mad melakukan kerja menoreh getah dan menyapu sampah sekitar kawasan rumah disamping kerja-kerja yang sesuai.


" Jadikan hidup kita selalu berbaik-baik dan bertegur sapa antara semasa kita dalam bermasyarakat," ujarnya.

Beliau yang kelihatan sihat dan sentiasa tersenyum sewaktu rakaman video ketika berada di dalam kebun getah itu pada rutin hariannya sebelum ke kebun akan menghabiskan masa membaca satu juzu al-Quran selepas solat subuh.

Mengenai permakanan, beliau menyatakan sama seperti individu lain cuma dia menitikberatkan aspek kesihatan dengan jenis makanan yang mampu memberi tenaga lebih-lebih lagi dengan usia sebegini.

Kepada generasi masa kini, Tok Ngah Mad berpesan lakukan kerja-kerja berfaedah sekalipun dengan bekerja kampung tetapi perlu amalkan sikap rajin, tidak sombong diri, jangan suka iri hati dengan orang lain dan lakukan toleransi dengan sesiapa sahaja.

Jelasnya,dengan mempraktikkan ini semua seseorang mampu sentiasa ceria, gembira dan senang hati yang boleh menjadikan sentiasa sihat serta panjang uur dengan izin Allah.

Semoga Tok Ngah Mad kekal sihat dan kuat serta senantiasa di bawah lindungan dan rahmatan Illahi. - KitaReporters


Tok Ngah Mad tetap cergas sewaktu melakukan kerja-kerja di kebun getah miliknya.



Semangat gigih ingin bekerja menjadikan warga emas yang sudah lanjut usia,Tok Ngah Mad sentiasa sihat dan bertenaga.


Generasi masa kini perlu sentiasa bersikap positif,jangan sombong diri,jangan suka iri hati sesama sendiri dan jangan malas bekerja - nasihat Tok Ngah Mad.


1
2
3
0
0

Copy Link: